Category Archives: Kerenah

Ditampar Di Masjid Negara

Lama dah tak ke Masjid Negara untuk sembahyang jumaat, pergi masjid yang dekat dengan ofis je… senang.

Jumaat lepasĀ  18/09/2015, aku ajak si Faeiz ke sana, kebetulan dia bawak kereta. Selalunya dia naik LRT je ke ofis. Tak larat nak meredah jam.

First time juga rupanya Faeiz makan nasi minyak lauk kambing yang popular di Masjid Negara. Aku makan lauk daging 2 ketul, standard modified aku kalau makan kat situ.

Selesai makan, borak kejap pastu terus amik air semayang dan masuk ke dalam masjid. Khutbah hari itu tentang tentera Malaysia, pengorbanan, jasa mereka kepada negara dan pengiktirafan dari megara luar untuk mereka. Hahaha.. walaupun mengantuk aku masih dengar apa inti pati khutbah kay…

Tiba waktu sembahyang aku masuk ke dalam dewan utama, lebih selesa dengan air cond dan karpet tebal.

  1. Takbir
  2. Al – Fatihah
  3. Ayat panjang….

Tiba-tiba microphone tidak berbunyi… terdengar seseorang menjerit dalam bahasa asing.

“Kita sembahyang balik…” kata imam.

Keluar dari masjid berbagai teori kedengaran:

“Imam tu terkentut kot, nak cover la tu” kata seoran jemaah, agak tua juga.

“Ada orang serang imam, tapi siapa?”

“Mesti dah kena belasah mamat tu”

Jam 3 kat ofis ramai dah mula kecoh tentang message Whatsapp “Imam Ditampar di Masjid Negara”.

Ini Hari Ini dalam sejarah kata Iman (yang tak jadi ikut ke Masjid Negara), walaupun sejarah yang tak berapa manis

T-Shirt Tu Tak Sesuai La Bang…

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Aku serba salah sebenarnya, nak tulis pasal ni ke tidak? Kalau tak tulis aku rasa ada sesuatu yang tak lepas dalam dada ni. Tapi nanti ada pulak yang salah faham, konon aku ni suka menghakimi orang lain. Menyibuk tak tentu pasal tentang peribadi orang. Tapi aku rasa bersalah kalau tak tulis. Terasa ini tanggungjawab aku sebagai seorang Islam. Continue reading

Jualan Murah Tipu Di Sogo?

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Terkejut, geram dan berbagai rasa lagi apabila membaca berita mengenai jualan murah di SOGO yang jelas menipu orang ramai. Tak disangka gedung besar seperti SOGO menggunakan taktik sekotor ini untuk mengaut keuntungan. Entah berapa ramai yang telah teraniaya oleh perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Continue reading

Habis Duit Raya Bayar Saman Ekor

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

2 tahun lepas, aku ada lebih kurang 15 saman trafik dari Polis kebanyakannya disebabkan kesalahan memandu laju. Bukan tak nak bayar, tetapi kerana kekurangan fulus dan amalan bertangguh (procrastination) menyebabkan saman makin bertambah saban tahun. Aku tak ambik kisah sangat ………… Continue reading

Soalan Kerja, Kahwin & Anak

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Semalam hari minggu, tak pergi mana-mana. Hujung minggu beginilah masa untuk mengemas rumah dan membeli barang kelengkapan. Aku dan isteri dah agihkan tugas, dia in charge kemas bahagian dalam, aku kemas kat luar. Tapi kalau banyak sangat kerjanya, aku tolong jugak la..macam vacuum bilik atau cuci bilik air. Ye lah, hari lain dah sibuk bekerja, inilah masa yang tinggal untuk berkemas dan berehat bersama keluarga. Apa yang penting? Kerjasama!! hehee.. Continue reading