Kursus Pengurusan Perniagaan dan Kewangan Mengarut!

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Selepas mendapat keputusan SPM / STPM maka bermulah pencarian pelajar untuk kursus di universiti atau Institusi Pengajian Tinggi yang sesuai. Peluang kerjaya menjadi antara faktor terpenting yang diambil kira untuk memastikan kursus tersebut menjamin masa depan mereka . Ramai juga ibubapa yang menentukan sendiri kursus yang sesuai untuk anak mereka berdasarkan pengalaman atau dalam banyak kes, gaji yang bakal anak mereka perolehi. Kursus Kejuruteraan, Perubatan, IT dan Arkitek akan menjadi pilihan utama kerana tawaran gaji yang lumayan. Kursus Perniagaan, Kewangan dan Akaun hanya menjadi pilihan terakhir sekiranya kursus pilihan gagal diperolehi.

Tidak salah untuk memilih kursus yang dapat menjamin kerjaya tetapi ramai yang memandang rendah kepada kursus Perniagaan, Kewangan, Pertanian, ataupun Perhotelan. Mengapa? Memang lumrah manusia agaknya, apabila pandai atau berjaya, mula lupa diri dan sombong. Seorang kawanku yang mengambil kursus kejuruteraan dengan angkuh dan selambanya mengutuk dan menggelar “kursus mengarut” bila aku memberitahu tentang kursus yang ku ambil. Sakit jugak hatiku mendengarnya. Sejak hari itu, aku jauhkan diri dari dia. Dia orang hebat..biarlah..

Dengan bekal kursus mengarut itu aku dengan mudah mendapat tawaran kerja setelah tamat pengajian di universiti. Mereka yang mengambil kursus “terpilih” pula terpaksa bersaing sebelum diambil bekerja ditambah pula dengan masalah jumlah kekosongan jawatan yang terhad. Ada yang terpaksa menganggur beberapa tahun. Di alam perkerjaan aku melihat bagaimana programmer hebat mengalami banyak masalah dalam kerjanya. Ini disebabkan oleh kurangnya inter-personal dan management skils yang menjadi asas dalam kursus Pengurusan Perniagaan. Mereka bekerja seperti robot. Jika anda mahu A mereka akan buat A tanpa mengambilkira ciri lain seperti user friendly, user experience, opportunity cost, marketibility dan lain-lain. Kebanyakan dari mereka mengeluh bila mengambil kursus Master of Business Administration (MBA) kerana gagal memahami konsep dan kepentingan perancangan di dalam sesuatu tugas. Siapa kata pengurusan tak penting? Itu belum termasuk bidang berkaitan yang lain seperti pentadbiran, sumber manusia, pemasaran dan kewangan.

Bagi pelajar yang sedang mengambil jurusan Perniagaan dan Kewangan, tumpukan saja pada pengajian anda. Anda boleh berjaya dengan usaha gigih dan doa berterusan. Peluang kerjaya dibidang ini amat luas kerana setiap organisasi perlukan pentadbir, pengurus pemasaran, dan kewangan. Pedulikan pandangan yang merendahkan anda kerana rezeki kita bukannya terletak di tangan mereka.

P/S Oh ya! “Kawan”ku itu tidaklah berjaya sangat pun…lebih kurang aku je.. Aku respect Chef Wan yang berjaya dalam bidang masakan walaupun dulu ramai yang memandang rendah..

14 responses to “Kursus Pengurusan Perniagaan dan Kewangan Mengarut!

  1. ish.tau x pe.kat utm ni i tengok budak2 managment menang ah bab carik duit time blaja lagi. nak2 mana yang gila explore forex sebab dorg ada knowledge. Tuh x tgk lagi senior2 managment yang da stat main properties bisnes. jeles.jeles. as computer sc student i admit 1 bende ah,kalo nak jadi good programmer mean good result bla2 kene jadi skema dok bilek diam2 buat keje. kalo yang jenis active dan ting tong macam I die akan jadi medium…. cuma yg gifted je weh boleh balance communication interpesonal dengan skill…..

    • Duduk diam dalam bilik mungkin boleh membantu dapat good result. Tapi bila develop system, ia akan digunakan oleh siapa? Orang kan? Sebab tu la human skills ni kena ada..kalau system dapat dibangunkan dengan cepat, tapi tak ada user, tak guna juga..

  2. kejayaan dalam akedamik bukan penentu kejayaan dialam pekerjaan..ade faktor selain dari tu yg perlu diambil kira..i.e soft-skill,interpersonal skill,attitude…lagi satu kalau gaji besar tapi tak tau urus kewangan pun tak kena jugak…bak perpatah berkata “Its not how much you get…but how much you can save”…bagi aku setiap bidang ada peranan masing2…kalau smua nak jadi jurutera..sapa la pulak yg nak manage sumber dan kewangan dalam syarikat?jurutera mana tau debit/kredit…pengambilan pekerja kena ada HR…

    • Kita belajar untuk berjaya dalam hidup. Memandang rendah kepada orang lain langsung tidak membantu bahkan mungkin menyusahkan. Setiap profesion ada kepentingan yang tersendiri.

  3. org yg sukses adelah org berniaga kottt..
    proud to be one of BBA student 😉

  4. apapun adam.. yang paling asas adalah cara kita berfikir.. jika kita bijak membuat keputusan.. insyallah kita boleh berjaya.. tak kiralah dalam apa bidang sekali pun..

  5. yes boss (cam ckp ngan HOD plak). Kita kena bijak buat keputusan untuk menentukan masa depan..pendapat orang lain mesti dinilai kerana kita bukannya betul setiap masa

  6. Ia bergantung kepada bagaimana kita mengambil peluang yang ada tak kira lah kursus apa yg kita ambil

  7. Pingback: Pole Dancing Di Universiti Cambridge « Blog AdamFaiz

  8. assalamualaikum…..saya nak blaja…tp ble apply dapat bisnes managment…mase sekolah dulu blaja electrical…macam mana ekk…nk troskan ke ataw tukar jea…kalo nk blaja tue xde hal…yang penting usaha dlu kan…?

    • sebaiknya ikut apa yang kita suka.. tapi kalau yang kita suka tu tak dapat.. better grab apa saja opportunity yang datang.. takkan ilmu itu sia-sia..