Tag Archives: peluang kerjaya

Kursus Pengurusan Perniagaan dan Kewangan Mengarut!

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Selepas mendapat keputusan SPM / STPM maka bermulah pencarian pelajar untuk kursus di universiti atau Institusi Pengajian Tinggi yang sesuai. Peluang kerjaya menjadi antara faktor terpenting yang diambil kira untuk memastikan kursus tersebut menjamin masa depan mereka . Ramai juga ibubapa yang menentukan sendiri kursus yang sesuai untuk anak mereka berdasarkan pengalaman atau dalam banyak kes, gaji yang bakal anak mereka perolehi. Kursus Kejuruteraan, Perubatan, IT dan Arkitek akan menjadi pilihan utama kerana tawaran gaji yang lumayan. Kursus Perniagaan, Kewangan dan Akaun hanya menjadi pilihan terakhir sekiranya kursus pilihan gagal diperolehi.

Tidak salah untuk memilih kursus yang dapat menjamin kerjaya tetapi ramai yang memandang rendah kepada kursus Perniagaan, Kewangan, Pertanian, ataupun Perhotelan. Mengapa? Memang lumrah manusia agaknya, apabila pandai atau berjaya, mula lupa diri dan sombong. Seorang kawanku yang mengambil kursus kejuruteraan dengan angkuh dan selambanya mengutuk dan menggelar “kursus mengarut” bila aku memberitahu tentang kursus yang ku ambil. Sakit jugak hatiku mendengarnya. Sejak hari itu, aku jauhkan diri dari dia. Dia orang hebat..biarlah..

Continue reading