Monthly Archives: April 2010

Lebih 200 Cara Buat Duit Online

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Untuk yang sedang mencari peluang buat duit secara online di Internet, seorang sahabat kita telah mengeluarkan satu laporan percuma. Di dalam laporan ini diterangkan mengenai 230 peluang perniagaan atau cara buat duit di Internet yang merangkumi program PPC, PPL, affiliate marketing, online survey dan banyak lagi.

Sahabat kita ini merupakan seorang bekas jurutera kimia di sebuah syarikat besar di Johor Bahru. Beliau kini sedang meneruskan pengajiannya untuk mendapat PHD. Walaupun hanya blogger separuh masa, tetapi beliau telah mampu menjana pendapatan stabil dari Internet dari tahun 2006. Tugas sebagai pensyarah di sebuah Universiti di selatan tanahair tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus mengembangkan perniagaan online nya. Beliau merupakan salah seorang usahawan internet yang sangat aku hormati. Syabas bro!

Bagi yang masih mencari, inilah panduan yang harus anda dapatkan dan pilih program yang bersesuaian dengan perancangan dan objektif anda. Dapatkan laporan ini segera sementara ia masih lagi PERCUMA!!

Padah Minuman Tenaga Red Bull

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Untuk yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan atau melakukan aktiviti yang memerlukan tenaga fizikal yang banyak, tentu gemar mengambil minuman tenaga seperti Red Bull & Livita. Ini untuk menjamin mereka sentiasa bertenaga dan alert semasa melakukan aktiviti tersebut. Ada yang minum 2 tin / botol sehari dan ada yang lebih tanpa memikirkan apa kesan minuman ini kepada badan manusia.

Negara Jerman, Perancis dan Norway telahpun mengharamkan minuman ini selepas mendapati ia mempunyai kesan sampingan yang boleh membawa maut. Kandungan kafein, stimulant glucuronolactone dan taurine yang tinggi boleh menyebabkan darah tinggi, anxiety (keresahan) dan juga penyakit jantung jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Ia juga tidak sesuai diminum oleh kanak-kanak dan wanita mengandung yang akan menyebabkan keguguran kandungan.

Petikan email di bawah menceritakan antara kesan minuman ini:

….FRANCE and DENMARK have just prohibited it as a cocktail of death, due to its vitamin components mixed with GLUCURONOLACTONE’ , a highly dangerous chemical, which was developed by the United States Department of Defense during the sixties to stimulate the moral of the troops based in VIETNAM, which acted like a hallucinogenic drug that calmed the stress of the war.

But their effects in the organism were so devastating, that it was discontinued, because of the high index of cases of migraines, cerebral tumors and diseases of the liver that was evident in the soldiers who consumed it…

1. It is dangerous to take it if you do not engage in physical exercise afterwards, since its energizing function accelerates the heart rate and can cause a sudden attack.

2. You run the risk of undergoing a cerebral hemorrhage, because RED BULL contains components that dilute the blood so that the heart utilizes less energy to pump the blood, and thus be able to deliver physical force with less effort being exerted.

3. It is prohibited to mix RED BULL with alcohol, because the mixture turns the drink into a ” Deadly Bomb ” that attacks the liver directly, causing the affected area never to regenerate anymore.

4. One of the main components of RED BULL is the B12 vitamin, used in medicine to recover patients who are in a coma; from here the hypertension and the state of excitement which is experienced after taking it, as if you were in a drunken state.

5. The regular consumption of RED BULL triggers off symptoms in the form of a series of irreversible nervous and neuronal diseases.

Jika anda sayangkan badan anda, jangan mengambil Red Bull atau minuman tenaga yang lain dengan berlebihan. Sebaliknya minumlah minuman isotonik seperti 100+ (ini bukan promosi) atau yang sama jenis dengannya untuk menghilangkan dahaga dan “re-hydrate” badan yang keletihan.  🙂

Sumber:

1. email

2.http://www.brighthub.com/health/diet-nutrition/articles/40070.aspx

3.http://www.medicalnewstoday.com/articles/5753.php

Saiz Kemaluan Ciri Penting Untuk Sertai Polis

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

JAKARTA: Polis Indonesia melarang lelaki yang pernah membesarkan kemaluan menyertai pasukan keselamatan itu.

“Setiap pemohon akan disoal mengenainya dan jika pernah, beliau tidak layak menyertai polis.


“Selain itu, mereka yang menghidap penyakit kelamin turut dilarang menyertai polis,” kata Ketua Polis Papua, Bekto Suprapto. – Agensi

Apa rasional disebalik syarat ini? Mungkin diorang tak nak “sex maniac” atau “pervert” jadi Polis, nanti susah pulak jadinya. Tapi kalau yang buat tu (membesarkan anu) atas alasan peribadi macamana pulak? Kena cari profesion lain la jawabnya.

Nanti Perut Bocor

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Post pendek pasal conversation aku ngan Adam. Aku tengah sedap makan jeruk yang dikirim kat kawan yang pergi ke Kelantan. Jeruk buah “dagho”  (buah bidara la tu)…mmm sedap nye..

Aku: (Nyam..nyam – makan buah dagho lepas sebijik, sebijik. Anak-anak pompuan ku dan isteri pun makan sama)

Adam: Apa tu Pa?

Aku: Jeruk!

Adam: Nak!!!!

Aku: Tak boleh nanti perut bocor! (Aku tak nak bagi dia makan sebab dia baru 3+ tahun..nanti sakit prut aku gak yang susah. Kakak2 dia pun aku bagi sebiji sorang je)

Adam: Takpe la Pa…..nanti boleh pam balik!

Aku + Wife + Kakak: (gelak guling-guling. Adam selalu tengok kakak dia pam basikal bila takde angin. So analogy dia senang, kalau bocor, pam je…

Bagilah Diorang Kahwin

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Soalan

SAYA pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 22 tahun dan mempunyai masalah yang sudah setahun menghantui hidup saya. Saya mempunyai kekasih dan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bagaimanapun, dia mempunyai pendapatan lumayan hasil daripada kerjanya sebagai pemandu pelancong dan pemandu kenderaan apabila ada orang ingin melancong ke negara jiran.

Buat pengetahuan Dr, kami sudah berulang kali terlanjur. Saya ada menyatakan hasrat untuk berkahwin bagi mengelakkan kami terus dibelenggu dosa dan dia bersetuju.

Namun, apabila saya menyuarakan hasrat untuk berkahwin, keluarga menentang dengan alasan saya masih belajar dan kekasih tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Disebabkan tentangan keluarga itu, saya pernah terfikir untuk bernikah di Siam. Namun, apabila memikirkan keluarga, saya membatalkan hasrat itu.

Saya berulang kali memujuk keluarga tetapi tidak berhasil. Saya dan kekasih cuma inginkan hubungan yang halal bagi kami dan ingin mengakhiri episod dosa yang kami lakukan.

Dr, apa yang harus saya lakukan? Adakah saya patut bernikah saja di Siam tanpa pengetahuan keluarga atau kami terus dengan hidup yang penuh dosa jika saya perlu menunggu pihak keluarga memberikan restu kepada hubungan kami.

sumber: Kaunseling Remaja Bersama Dr Sapora Sipon – Harian Metro

Inilah salah satu punca kenapa ramai yang masih tak kahwin-kahwin. Keluarga selalu mahukan calon menantu kaya atau paling koman pun, yang mampu membayar wang hantaran berpuluh ribu ringgit. Last-last maruah anak tergadai dan teman lelaki lari kerana tak mampu memenuhi permintaan keluarga si perempuan. Setidak-tidaknya kalau bernikah, kita tak biarkan mereka terus bergelumang dengan dosa.

Jangan lah pulak ada yang menggunakan taktik ni untuk nak kahwin cepat, maruah diri tu lebih bernilai dari wang ringgit. Sebolehnya keluarga lebih mengutamakan perkara yang diwajibkan dalam agama, bukannya mengikut budaya dan amalan moden yang hanya menyusahkan bakal pengantin. untuk pengantin muda pula, pernikahan hanyalah permulaan kepada pembinaan rumahtangga. Persiapan fizikal dan mental perlu supaya dapat membuat perancangan yang betul dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar kelak.