Category Archives: Teknologi

Jangan Tinggalkan Blog Di Hari Raya

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

KUALA LUMPUR – Pemilik laman-laman web dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang musim perayaan kerana serangan laman web dijangka akan meningkat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan akhbar berkata, peningkatan serangan itu kerana kebanyakan laman web yang beroperasi tidak akan dipantau ketika musim perayaan. Continue reading

Ipad Dan Pesaingnya

Ipad sejak diperkenalkan di U.S. pada April lalu telah berjaya dijual melebihi 1 juta unit dalam masa kurang dari sebulan. Ia diklasifikasikan sebagai kategori peralatan baru antara smart phone dan PC.

Dengan penjualan yang terus meningkat, Ipad telah menjadi fenomena baru di U.S. dan Eropah. Ipad juga telah meningkatkan penguasaan pasaran Apple sebagai syarikat teknologi dengan market share bernilai $222.1 billion melebihi Microsoft dengan nilai market share $219.2 billion. Continue reading

Entry No 100 – Menyanyi Seperti Pro Dengan Iphone

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Ini adalah entry ke 100 blog Hitam Putih Kelabu. Tiada apa yang nak dihebohkan tapi bak kata Bro Joe, semestinya ada yang istimewa dengan nombor ini. Paling tidak pun, ia akan menjadi kenangan buat aku sendiri selepas beberapa bulan berblog dan menempuhi saat kering idea, komen yang melemahkan semangat dan tidur yang kurang.  🙂

Sempena dengan entry ke 100 ini mari kita lihat beberapa Iphone applications yang boleh menukar seekor “katak” kepada seorang putera handsome yang pro! Anda akan dapat impress kawan-kawan dengan mutu vokal nyanyian mantap walaupun tidak sebaik Jamal Abdillah atau Marc Anthony. Continue reading

Lambang Zionis – Aku Dah Delete

[tweetmeme http: //adamfaiz.wordpress.com]

Mungkin ramai yang dah tahu, mungkin ramai juga yang tak tahu bahawasanya di dalam komputer kita ada lambang zionis. Bila aku terbaca pasal ni aku terus cari dan delete lambang tu..tak rela aku nak “menyimpannya”.

Tapi bila beberapa blogger mula membuat tindakan membuang lambang laknatullah ni dari PC/laptop diorang, ada pulak blogger yang memberi komen sinis. Takde kesan la, bodoh la dan macam-macam lagi. Memang lambang agama lain pun ada…apa salah kalau kita delete sebab memang kita tak perlukannya..Memang mende ni tak memberi kesan kepada diorang, tak kopak rumah diorang, tapi perarakan atau demonstrasi di jalanan pun takde kesan kat diorang..tapi kenapa orang buat juga? Sebab nak tunjukkan bantahan..

So, aku tak suruh korang delete, fikirlah sendiri..dah besar panjang kan? Tapi yang kat dalam PC aku, dah dipadam..sebab aku tak suka dan takkan gunakan untuk apa tujuan sekalipun….

P/S Untuk yang nak delete, search file ni J0285926.WMF

Kalau nak delete semua lambang zionis ni boleh rujuk sini

 

Free WiFi Dalam Train (KTMB) Nak Tak?

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Siapa yang suka jika ada free WiFi dalam train KTMB? Kalau jawapannya ya, mari kita sama-sama support usaha bro Noktahhitam ni. Lagi ramai lagi bagus. Caranya mudah saja, jawap survey ini dan forwarkan link ini http://bit.ly/dmNjJW ke seberapa ramai kawan anda…Kalau anda tak jawab, anda tak menang tak dapek la free surfing dalam train…rugi wooo!!!