Entry No 100 – Menyanyi Seperti Pro Dengan Iphone

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Ini adalah entry ke 100 blog Hitam Putih Kelabu. Tiada apa yang nak dihebohkan tapi bak kata Bro Joe, semestinya ada yang istimewa dengan nombor ini. Paling tidak pun, ia akan menjadi kenangan buat aku sendiri selepas beberapa bulan berblog dan menempuhi saat kering idea, komen yang melemahkan semangat dan tidur yang kurang. 🙂

Sempena dengan entry ke 100 ini mari kita lihat beberapa Iphone applications yang boleh menukar seekor “katak” kepada seorang putera handsome yang pro! Anda akan dapat impress kawan-kawan dengan mutu vokal nyanyian mantap walaupun tidak sebaik Jamal Abdillah atau Marc Anthony.

1. Glee – Singers Wanted

Diasaskan dari siri TV popular Glee, aplikasi ini membolehkan anda merakam lagu pilihan lengkap dengan backing vocalnya sekali.  Aplikasi ini mempunyai sistem auto-tune dan three-part vocal harmonies untuk menjadikan suara anda seperti seorang pro. Kongsikan rakaman anda melalui social network pilihan – Facebook la tuh! Harga – US$0.99 (RM3.30)

2. Voice Tutor

Membantu meningkatkan mutu vokal anda melalui “kelas maya” yang mengajar tentang scale muzik , rentak, dan juga memperbaiki sebutan. Harga US$4.99 (RM16.50)

3. Sound Hound

Anda boleh  menyanyi, hum (tak reti nak translate, tapi lebih kurang macam masa mak kita dodoikan dulu la..hmmm hmmmm), dan memainkan bunyi pilihan. Sound Hound akan memaparkan informasi mengenai bunyi tersebut seperti nama lagu, nama artis, tajuk album dan lirik. Harga US$4.99 (RM16.50) Kalau lagu Cok Cok Kendong rasanya takde dalam senarai.🙂

4. Improvox

Perbaiki mutu vokal dengan menggunakan effect seperti reverb, echo, stutter, cavern, bit crusher, auto-wah and flanger (dah macam sound gitar la plak). Ia juga mempunyai korelasi pembetulan pitch secara real-time (kalau translate buruk bunyinya) dan 5 jenis 4-part harmony styles. (Ini yang bunyi ala-ala koir tu la…). Harga US$7.99 (RM26.50)

5. StarMaker

Tema karaoke yang membolehkan anda membeli lagu kegemaran, menyanyi dan merekod untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga di social network anda. Anda juga boleh mencipta personaliti “rock star” anda sendiri dengan menambah rambut, ngerlip (bling) dan alat muzik pilihan pada gambar anda. Harga – PERCUMA!!!!!!!

Sumber: diterjemah dari The Star Online

11 responses to “Entry No 100 – Menyanyi Seperti Pro Dengan Iphone

  1. cecah jugak yang ke 100 ye ! :)…semoga lebih bersemangat untuk meneruskan berblogging ni.

    *link tu terima kasih :)*

  2. Alhamdulillah !!! Teruskan semangat berblogging !!!!

  3. macam-macam dah sekarang ni aplikasi iPhone.. malangnya iPhone aku dah hancur😀