Ikut Resmi Padi

Pepatah ada mengatakan, ikut resmi padi, “Semakin berisi semakin menunduk”. Maksudnya mudah, semakin berjaya atau tinggi kedudukan kita, perlu lebih rendah ego kita. Kerana kita harus ingat bahawa “something starts from nothing!” . Melainkan jika kita dilahirkan sebagai putera raja atau mewarisi kekayaan berbilion ringgit dari orang tua dan keluarga. Kedudukan sebegitu sekalipun tidak akan berkekalan jika tiada usaha untuk menfaatkan kekayaan. Segunung emas pun akan habis jika diceduk satu sudu setiap hari.

Kenapa aku pilih untuk bicarakan soal ini? Kerana resmi orang kita (Melayu) yang mudah lupa daratan bila berjaya. Lupa dari kesusahan lampau dan mudah meninggi diri dengan kejayaan yang dikecapi. Malah ramai yang cemburu dan berhasad dengki bila orang lain berjaya. Sikap sebeginilah yang menjadi salah satu sebab mengapa orang kita susah untu maju. Ada yang enggan menolong masyarakat sendiri kerana tidak mahu orang lain berjaya seperti mereka. Takutkan persaingan yang bakal dihadapi jika semua berada di “level playing field”.

Berbeza sekali dengan kaum Cina yang menguasai ekonomi di Malaysia. Persatuan dan pertubuhan mereka sungguh aktif menyumbang kepada komuniti, menghulur bantuan dalam bentuk dana dan material dengan satu tujuan, menaikkan martabat kaum mereka. Ahli perniagaan bekerjasama dan menyokong satu sama lain supaya mereka dapat menguasai keseluruhan rantaian penting dalam perniagaan dari sumber bahan mentah kepada pengeluaran dan pemasaran.

Kita tidak belajar apa-apa dari pepatah lama di atas melainkan maksudnya secara literal. Yang tersirat di dalamnya (dan itulah yang paling penting) masih gagal diselami sehingga kini. Mungkin pendapat aku tidak mewakili keseluruhan masyarakat kita, tetapi itulah yang aku rasa. Sifat sombong dan meninggi diri hanya merugikan kita.

Bait lagu Warisan ini sangat tepat dan mengesankan:

“Kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti, pulih kembali harga diri..

Kita sudah tiada masa majulah dengan maha perkasa,

Janganlah terlalai teruskan usaha..Melayu kan gagah di Nusantara..”

 

13 responses to “Ikut Resmi Padi

  1. betul tu bro,
    makin lama melayu makin layu dan hanyut dengan segala kelebihan yang ada, dan jika berterusan mungking tanah melayu hanya tinggal nama

  2. sepakat membawa berkat…nak capai sepakat tu yang susah dari dulu.. kuasa pun tak bermakna kalau kita cuma jadi boneka..

  3. dah lama tak dengar lagu anak kecil main api tu šŸ˜€

  4. penuh semangat patriotik ulasan nie ..sememangnya apa yang ditulis itu betul..
    saya tak pernah dengar lagu anak kecil main api tu, inilah kali pertama…walaupun lagunya berentak perlahan, lirik-liriknya penuh bermakna..kena pada batang hidung kita
    terima kasih kerana menegur, dan mengingatkankan, teruskan usaha begini, insyaallah, kita mampu berubah

  5. sebenarnya org kita ni mudah lupa diri..pantang lebih skit dari org lain dah mula nak naik kepala…tak mo tunduk2 dan lupe dunia ni berputar2 šŸ™‚

  6. masa sekolah rendah dulu..ada belajar lagu nie…kena sentiasa refresh pemikiran kita…agar tak hanyut dibuai masa~

  7. Mungkin kita boleh mulakan dengan bersatu sam-sama di dalam berblog. Saya tengok memang dah ada menuju ke arah tu kot kalau blogger Malaysia ni.

  8. Lagu ni selalu dinyayikan ketika mengikuti kem bina semangat. Kawan ketawa ramai tapi kawan menangis belum tentu tahu.

  9. Bro rasa theme ada masalah tapi tak apa sebab nak pindah rumah barukan