Tag Archives: sombong

Ikut Resmi Padi

Pepatah ada mengatakan, ikut resmi padi, “Semakin berisi semakin menunduk”. Maksudnya mudah, semakin berjaya atau tinggi kedudukan kita, perlu lebih rendah ego kita. Kerana kita harus ingat bahawa “something starts from nothing!” . Melainkan jika kita dilahirkan sebagai putera raja atau mewarisi kekayaan berbilion ringgit dari orang tua dan keluarga. Kedudukan sebegitu sekalipun tidak akan berkekalan jika tiada usaha untuk menfaatkan kekayaan. Segunung emas pun akan habis jika diceduk satu sudu setiap hari. Continue reading

Advertisements

Duit Punya Pasal Darah Daging Kena Parang

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Ini bukan tajuk berita di TV, surat khabar atau tabloid. Tapi tajuk posting ni memang berkait dengan berita yang biasa kita dengar di media massa. Semua orang perlukan duit kerana walau duit tidak boleh “membeli” semua benda, hampir kesemua keperluan kita dapat dipenuhi dengan adanya duit. Money is not everything but without money you are nothing! Mungkin ada yang setuju dengan ayat itu disebabkan desakan dan kos sara hidup yang makin bertambah. Maka tidak hairanlah bila kerana duit, ada yang sanggup bergaduh dan bertikam dengan parang biarpun dengan darah daging sendiri.

Semasa kita belajar di sekolah atau universiti, kita sering menghubungi ibu bapa atau adik beradik yang bekerja untuk untuk duit belanja. Kita tidak pernah memikirkan tentang kepayahan untuk mencari duit itu sendiri kerana kononnya nak menumpukan kepada pelajaran. Memang itu pun tujuan kita belajar. Apabila sudah bekerja, barulah kita sedar bagaimana susahnya ibu bapa atau abang, kakak kita mencari duit dulu. Bila sudah berkahwin keperluan kita terus meningkat. Sewa rumah, bil, persekolahan anak, bayar kereta dan kredit kad antara komitmen biasa yang harus dilunaskan setiap bulan. Continue reading