Category Archives: Batu Jemala

Saya Nak Balik Ambil Kasut, Boleh Boss?!

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Semalam aku basuh kereta so sebelum basuh, semua barang-barang di dalamnya aku keluarkan supaya senang aku nak vacuum. Terlebih rajin sikit, berkilat kereta aku luar-dalam aku kerjakan. Antara barang-barang yang dikeluarkan termasuk lah sepasang kasut yang biasa aku pakai ke pejabat. Masa driving aku pakai selipar je..panas la dengan kasut kulit dan stokin sumer, susah kaki aku nak bernafas..!! Continue reading

Harga Gula Naik, Teh Tarik Turun Harga?

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

KUALA LUMPUR: Harga bagi teh tarik – minuman paling popular di Malaysia, sepatutnya hanya naik 1.25 sen segelas berikutan pengurangan subsidi harga gula sebanyak 25 sen.

Harga baru teh tarik itu mengambil kira kesan pengurangan subsidi minyak dan pelarasan harga semasa iaitu RM1.0155.

“Ini adalah anggaran sahaja – perubahan harga mungkin berbeza berdasarkan faktor lain,” kata kenyataan mengenai rasionalisasi subsidi Jabatan Perdana Menteri.

Kenyataan itu berkata kesan pengurangan subsidi terhadap teh tarik ialah RM0.0030, manakala untuk barangan lain ia lebih rendah, seperti RM0.0024 untuk sekeping roti canai, RM0.0060 untuk beras, RM0.0630 untuk daging dan RM0.0105 untuk mi goreng.

Kerajaan hari Khamis mengumumkan subsidi untuk petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat berkuatkuasa esok.

Subsidi untuk petrol RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak lima sen seliter dan LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram. Ini bermakna harga bagi petrol RON 95 ialah RM1.85 seliter manakala LPG akan dijual pada harga RM1.85 sekilogram.

Untuk gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram.

Kenyataan itu turut memberi perbandingan harga minyak di rantau ini yang menunjukkan harga petrol di Malaysia adalah paling murah, iaitu RM1.85 untuk RON95 berbanding Thailand (RM4.12), Indonesia (RM2.48) dan Filipina (RM6.60).

Harga baru gula di Malaysia iaitu RM1.90 juga adalah jauh lebih murah dari Thailand RM2.60, Indonesia (RM3.68) dan Filipina (RM3.46).

Harga gula yang murah di Malaysia itu telah menyumbang kepada peningkatan masalah penyeludupan. Pihak berkuasa merampas lebih 200 metrik tan gula dalam 109 tangkapan berhubung kes penyeludupan pada 2009, dan pada 2008, dianggarkan RM628 juta minyak diesel subsidi untuk nelayan, dinikmati rakyat asing. – BERNAMA

  Continue reading

Abang Sasa Takde Budi Bahasa

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Pagi tadi seperti hari Sabtu yang lain aku bawa anak-anak breakfast di luar. Biasanya ke kedai mamak berdekatan. Dah lama rasanya tak singgah di Giant so aku bawa mereka ke sana untuk menikmati roti tisu dan teh tarik kegemaran.

Kedai mamak di dalam Giant berhawa dingin dengan 3 LCD TV yang selalu menayangkan program Astro, movie atau sukan. Dulu perkhidmatan wi-fi percuma juga disediakan tapi bila terlalu ramai yang membawa laptop duduk berejam tapi seorang je yang order minuman, tokei kedai menamatkan perkhidmatan. Baru aku nak berkira-kira lepak santai kat situ.. Continue reading

Hilang 1 Dapat Double

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Selepas kes kehilangan minyak wangi kesayangan, aku belum lagi membeli yang baru. Tapi itu bukan bermakna aku tak pakai minyak wangi ke pejabat. Mahu lari semua orang nanti..Cuma aku gunakan free sample yang ada dalam simpanan. Botolnya pun kecik anak je..dah nama pun sample kan..Selepas beberapa bulan, free sample ni dah tinggal beberapa titik je..aku pun mula berkira-kira nak beli minyak wangi baru.

Hari Sabtu lepas aku ke Bandar Baru Salak Tinggi melawat saudara..ok lah kawasan ni, dekat dengan Nilai, KLIA..saudara aku ni pun kerja kat Airport. Sedang aku menikmati kopi yang dihidangkan, dia menghulurkan sesuatu, “Ini untuk abang“. Aku menerima dengan senang hati dan rasa suka giler… “Untuk abang? Terima kasih!” – sebotol minyak wangi POLO. Walaupun tidak sama dengan Dunhill Black yang telah dirembat, aku bersyukur sangat. Alhamdulillah…POLO Double Black lagi..!! Selamat duit aku..hehehe..

POLO Double Black

Perompak Yang Stylo

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Awal tahun ni rumahku dirompak, mujur tiada siapa di rumah sewaktu kejadian berlaku. Ini kali kedua kejadian pecah rumah menimpa aku selepas kali pertama lebih kurang 3 tahun lepas. Kerugian dalam kejadian pertama lebih kurang RM5,000 lebih manakala yang kedua pula RM3,000 lebih. Sikit je jumlahnya sebab aku memang tak berharta, duit simpanan pun takde.

Berikut ialah barang-barang yang disonglap dari rumah aku dari kedua-dua kejadian tersebut:- Continue reading