Category Archives: Tazkirah

Molly Norris Tukar Identiti Takut Dibunuh

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Kartunis Molly Norris akhirnya lari bersembunyi dan dilaporkan menukar identiti akibat takut dibunuh. Fatwa Molly Norris patut dibunuh dikeluarkan oleh seorang ulama Yaman, Anwar Awlaki setelah Nolly mencadangkan “Hari Melukis Nabi Muhammad” pada 20 Mei, di laman Facebook nya. Continue reading

Iklan Aidilfitri TV3 2010 – Hari Raya Atau Krismas?

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Iklan yang disiarkan di TV3 ini untuk Hari Raya atau Krismas? Apa pendapat anda? Aku rasa iklan sebegini boleh memesongkan akidah lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak. Bila menonton filem tentang Krismas, mereka secara tak langsung akan menyamakannya dengan Hari Raya. Di manakah peranan pihak berwajib untuk menapis iklan sebegini dari disiarkan kepada umum?

Apa sinonimnya beca dengan Hari Raya? (terbang pulak tu). Memang la kreatif, tapi biarlah bertempat. Come on TV3, you can do better than this!!! Continue reading

Melayu Murtad Kutuk Ibadah Puasa

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Astaghfirullah!! Ucapan yang terkeluar selepas membaca mengenai remaja murtad di Malaysia yang mengutuk ibadah berpuasa. Mereka dilahirkan Melayu beragama Islam, tapi mungkin telah sesat dan murtad akibat pengaruh budaya punk yang ditiru dari barat. Masalah murtad yang kian parah ini selalu dipandang sepi oleh pihak berwajib.

Ada juga baiknya aplikasi social network seperti Facebook ni. Sekurang-kurangnya ia dapat mendedahkan perasaan sebenar golongan anti Islam dan juga dakyah jahat yang tersebar luas di luar sana. Sempena hari Jumaat yang mulia ini, Aku doakan semoga Allah memberi hidayah kepada mereka sebelum mati. Semoga kalian semua dan keluarga juga dilindungi dan dirahmati Allah dari gejala ini. Allahu Akbar!!! Continue reading

4 Perkara Mudah, Besar Ganjarannya Di Bulan Ramadhan

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Berikut ialah intipati sesi tazkirah selepas solat tarawih yang ku hadiri semalam. 4 perkara mudah ini jika diamalkan maka kita akan mendapat ganjaran besar sempena Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini. Ia adalah amalan sampingan di samping amalan lain seperti membaca Al Quran dan bersedekah. Continue reading

Potong Kuku Hilang Berkat

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Sebelum ni aku cuma tahu yang kita disunatkan memotong kuku pada hari Isnin dan Khamis. Tak tahulah pulak aku bila kita potong pada hari yang tak sepatutnya, hilang berkat. Selalunya begitulah, hari Isnin dan Khamis potong kuku, tapi kadang-kadang aku potong juga hari lain sebab dah terlalu panjang. Bila kuku panjang ni, mulalah tangan pun gatal, kopek sana, picit situ..last2 muka jadi bopeng macam bulan. Untuk mengelakkan semua tu, bila kuku aku panjang je, aku terus potong.

Bila aku dapat email pasal adab memotong kuku ni barulah aku tahu kenapa kita tak digalakkan potong kuku di hari-hari lain. Memotongnya juga mestilah ikut urutan yang betul dan disertakan dengan doa. Continue reading