[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D
Berikut ialah intipati sesi tazkirah selepas solat tarawih yang ku hadiri semalam. 4 perkara mudah ini jika diamalkan maka kita akan mendapat ganjaran besar sempena Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini. Ia adalah amalan sampingan di samping amalan lain seperti membaca Al Quran dan bersedekah.
Sesungguhnya balasan pahala amalan sunat di bulan Ramadhan menyamai amalan wajib, sementara amalan wajib akan dikurniakan pahala 70 kali ganda. MasyaAllah!
1. Mengucapkan Laillahaillallah – Tiada Tuhan melainkan Allah
Elok diamalkan sepanjang hari. Di dalam semua perbuatan ingatlah kalimah ini dan bersyukur dengan semua kurniaannya samada yang baik atau buruk.

Tiada Tuhan Selain Allah
Sumber: http://www.e-picworld.com/2010/07/tiada-tuhan-melainkan-allah-versi-1.html
Dapatkan wallpaper menarik di sini!!
2. Beristighfar
Amalan ini antara kebaikannya ialah menjadikan kita murah rezeki dan dapat mencari jalan keluar dari kesulitan.

Istighfar
3. Bertaubat dan berdoa dimasukkan ke syurga Firdaus
Menyesali dan tidak mengulangi kesilapan kita. Satu perkara menarik yang dipelajari ialah tentang ganjaran yang Allah akan berikan kepada kita di akhirat kelak. Walaupun doa kita tidak dimakbulkan di dunia tetapi Allah tetap menjanjikan ganjaran untuk kita hanya kerana berdoa. Sehingga dikatakan jika kita mengetahui besarnya ganjaran itu, maka kita lebih rela agar semua doa kita tidak dimakbulkan!
4. Berdoa dijauhkan dari api neraka

Doa masuk syurga hindar neraka
1. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa terdahulu yang telah ku lakukan dan segala dosa yang baru ku lakukan ( tanpa sengaja ).
2. Ya Allah, yakinkanlah dalam diriku tentang azab kubur dan seksaan api neraka.
3. Ya Allah, masukkanlah daku dalam Syurga Firdaus dan terimalah permintaanku di dunia dan di akhirat.
Sumber:
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/06/05/3-doa-penting-dalam-kehidupan-kita/
Doa di atas elok diamalkan setiap hari. Apabila memohon dimasukkan ke syurga, mintalah syurga yang tertinggi iaitu syurga Firdaus. Marilah kita mengambil peluang untuk bersama-sama memperbanyakkan amalan. Semoga ianya diterima Allah.
Assalamualaikum.
Perkongsian yang berbaloi.
Perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi ramai yang gagal melaksanakannya.
Semoga dapat barakah dari Allah.
TQ
Salam..aku pun selalu lupa perkara simple tapi banyak fadhilat ni..semoga bermanafaat
perkongsian yang bagus
terima kasih saling mengingatkan..
Terima kasih..Alhamdulillah..
tumpang berkat dari perkongsian ini ๐
sama-sama lah kita dapat berkat
amalan yg mudah tp besar ganjarannya..masyaallah..terima kasih kerana berkongsi..
senang tetapi selalu kita take for granted..
istighfar… insyallah.. ๐
salam..
artikel yang bermanfaat..
kalau diamalkan..harap2 dapat la ganjaran di bulan ramadhan ini.. amin.. ๐
aminnn…
perkongsian yg menarik..kdg2 benda yg mudah ni la kita selalu lupa…selamat beramal dan selamat berpuasa:)
selamat berpuasa..
perkongsian yang indah untuk makanan jiwa..terima kasih!!
nice bro. tq berkongsi sama2 kte beramal ek ๐
ya mari saling mengingati..
Terima kasih sebab berkongsi ilmu.
Semoga banyak dapat pahala di bulan puasa. Amin.
Terima kasih, semua yang baik itu datang dari Allah..
Alhamdulillah !!! Banyak ilmu yang aku dapat dalam bulan puasa nie.. terima kasih untuk perkongsian ilmu yang bagus nie… mudah untuk diamalkan, tapi selalu ditinggalkan !!! Terima kasih sekali lagi kerana mengingatkan !!! Itu lah fungsi tazkirah !!! InsyaAllah !!
makin banyak yang aku dengar / tahu, makin “kecil” rasanya diri ini..