Monthly Archives: June 2010

Bestnye Tengok Piala Dunia Live..Di Stadium

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Bagi peminat bolasepak menonton perlawanan Piala Dunia secara live di stadium memang menjadi impian. Tapi kalau nak tunggu Malaysia jadi tuan rumah, entah dapat ke tidak. Bagi yang berwang  (Indon kata beruang) boleh lah..beli je tiket, terus pergi ke South Africa. Kalau yang sederhana je cam aku nih, tengok live kat Astro je la.. Continue reading

Abang Sasa Takde Budi Bahasa

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Pagi tadi seperti hari Sabtu yang lain aku bawa anak-anak breakfast di luar. Biasanya ke kedai mamak berdekatan. Dah lama rasanya tak singgah di Giant so aku bawa mereka ke sana untuk menikmati roti tisu dan teh tarik kegemaran.

Kedai mamak di dalam Giant berhawa dingin dengan 3 LCD TV yang selalu menayangkan program Astro, movie atau sukan. Dulu perkhidmatan wi-fi percuma juga disediakan tapi bila terlalu ramai yang membawa laptop duduk berejam tapi seorang je yang order minuman, tokei kedai menamatkan perkhidmatan. Baru aku nak berkira-kira lepak santai kat situ.. Continue reading

Buli Sampai Mati..Bila Nak Berhenti?

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Sadis sungguh berita pelajar tingkatan 4 MTD yang dibuli sehingga mati. Sebaik mendengar berita pagi tadi aku terus bertanyakan tentang budaya buli membuli ni dari kawan yang pernah belajar di MTD. Jawapannya, seperti dijangka. Budaya buli memang telah wujud sekian lama di sekolah. Dalam kes MTD, oleh kerana imej ketenteraan yang dibawa, buli atau ragging mungkin dibuat lebih “keras” berbanding sekolah biasa. Tapi banyak je kes kita dengar pelajar di sekolah berasrama lain yang dibuli sehingga menemui ajal ataupun kritikal. Continue reading

Sai Sailani Yang Gebu

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Inilah padah mengorat di alam maya. Sai Sailani yang gebu telah memperdaya ramai lelaki dengan meletakkan gambar gadis cantik, solid, fantastic mister loba-loba sebagai tarikan. Di tambah dengan ayat-ayat cinta yang menggoda, lelaki malang pun cair bak ais krim di tengah panas. Continue reading

Robohnya Tembok Bersejarah Itu..

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Malam ini tembok bersejarah itu akan hilang. Mungkin tiada signifikan kepada orang biasa tapi bila dilihat dari sudut sejarah, ianya mempunya nilai tersendiri. Aku tidak mahu membicangkan sebab Penjara Pudu ditutup kerana ada banyak versi mengenainya. Continue reading