Moga Rezeki Murah Lebih Berjaya

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Ucapan terima kasih kepada Joe, tuan punya RezekiMurah.Com di atas penghargaan dan cadangan yang diberikan. Joe telah memberi penghargaan untuk tukang komen di blognya dengan “rumah terbuka” versi baru! Walau tak pernah bersua muka nyata persahabatan di alam maya ini terjalin dengan baik.

Segala komen yang aku berikan di blog Rezeki Murah adalah ikhlas dan sebagai tanda sokongan dari seorang blogger kepada seorang blogger. Tidak pernah terlintas pun nak dapat penghargaan walaupun perlu diakui bahawa blog commenting itu adalah salah satu cara terbaik untuk mendapat sedikit trafik.

Sekali lagi terima kasih kepada Joe. Aku sentiasa menyokong Rezeki Murah dengan cara yang termampu. Semoga rezeki Joe lebih murah dan terus berjaya!!

11 responses to “Moga Rezeki Murah Lebih Berjaya

  1. sama-sama,adam 🙂
    dah hubungi mijie melalui email?

  2. Rumah terbuka dia memang sempoi… 🙂

  3. semoga rezeki bro joe kita tu semakin murah…

  4. Aamiin. Tahniah utk kedua2 nya. 🙂

  5. nanti bila dah confirm reply email aku yer? ingat nak buat urusan semuanya hujung minggu ini

  6. jemputan rumah terbuka mmg satu lagi rezeki yang tak blh di tolak ketepi heee