Monthly Archives: January 2010

RM10 Terlalu Kecil Nilainya

Aku dan isteriku sama-sama bekerja untuk menyara keluarga walaupun aku sebenarnya lebih suka isteri duduk di rumah dan menguruskan hal keluarga. Tapi kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur “memaksa” kami untuk bekerja.

Seperti juga pasangan lain, masaku banyak dihabiskan di pejabat dan di atas jalanraya. Jalan semakin sesak saban hari biarpun telah banyak yang diperbesarkan. Pukul 6.45 pagi aku sudah siap untuk menghantar anak ke tempat asuhan dan seterusnya ke pejabat. Biasanya jam 6.00 petang aku akan bertolak pulang dan menjemput isteri di pejabatnya. Sampai di rumah pengasuh lebih kurang jam 7.30 malam. Jika lewat terpaksa la bayar overtime RM5.00 seorang (anak-anakku 3 orang). Continue reading

Advertisements