Monthly Archives: July 2010

Potong Kuku Hilang Berkat

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Sebelum ni aku cuma tahu yang kita disunatkan memotong kuku pada hari Isnin dan Khamis. Tak tahulah pulak aku bila kita potong pada hari yang tak sepatutnya, hilang berkat. Selalunya begitulah, hari Isnin dan Khamis potong kuku, tapi kadang-kadang aku potong juga hari lain sebab dah terlalu panjang. Bila kuku panjang ni, mulalah tangan pun gatal, kopek sana, picit situ..last2 muka jadi bopeng macam bulan. Untuk mengelakkan semua tu, bila kuku aku panjang je, aku terus potong.

Bila aku dapat email pasal adab memotong kuku ni barulah aku tahu kenapa kita tak digalakkan potong kuku di hari-hari lain. Memotongnya juga mestilah ikut urutan yang betul dan disertakan dengan doa. Continue reading

Lawatan Ke Kediaman Transformer

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Bayangkan apa yang anda lakukan apabila mengetahui tentang kediaman Transformer. Tentu menarik apabila kita tahu tentang cara kehidupannya. Apa yang dibuat sepanjang hari?, apa yang di”makan”nya? dan bagaimana cara mereka bergaul sesama sendiri?

Aku membuat lawatan ke kediaman mereka baru-baru ini. Tapi ianya tidaklah sehebat seperti yang disangka. Tempatnya biasa-biasa sahaja, rumah aku mungkin 3 kali lebih baik. Kita lebih beruntung jadi manusia daripada menjadi sebuah mesin seperti Transformer. Continue reading

Boss Melayu Menjatuhkan Bangsa Sendiri

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Ini apa yang aku rasa selama 15 tahun bekerja dalam organisasi besar yang diketuai oleh orang Melayu. Kenyataan ini mungkin perit untuk ditelan, tetapi lebih perit lagi untuk aku mengalaminya. Ketepikan soal politik buat sementara waktu kerana ramai yang sedar tentang betapa orang yang berkuasa dalam kerajaan hanya pandai berdebat menjelang pilihan raya. Ini tentang boss-boss Melayu yang berkuasa di dalam sesebuah organisasi dan mereka inilah sebenarnya yang menjatuhkan bangsa Melayu! Continue reading

Bila Melayu Bukan Islam…

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Di hari Jumaat yang mulia ini ayuh kita sama-sama muhasabah diri, tingkatkan keimanan kita supaya sentiasa kental dan tak mudah goyah dengan godaan duniawi. Mulia nya orang Islam bukanlah diukur dari jumlah sumbangan derma atau kebajikan yang ditunjuk-tunjuk. Tetapi kerana tingginya iman dan cara kita “membawa” diri di dalam masyarakat sehingga orang lain hormat pada kita tanpa pengaruh wang ringgit dan kuasa. Continue reading

Bercinta Di Internet Mahal La…!!

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Semua orang surf Internet sekarang. Masing-masing dengan tujuan tersendiri. Ada yang mencari cinta, peluang perniagaan, buat duit, chatting, social networking dan berbagai lagi. Tapi bagi yang online hari-hari untuk mencari cinta (tak kira la baru nak cari awek atau yang bujang3 nak tambah cawangan) Internet menjadi platform baru untuk mengorat dan mencari jodoh. Continue reading