Boss Melayu Menjatuhkan Bangsa Sendiri

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Ini apa yang aku rasa selama 15 tahun bekerja dalam organisasi besar yang diketuai oleh orang Melayu. Kenyataan ini mungkin perit untuk ditelan, tetapi lebih perit lagi untuk aku mengalaminya. Ketepikan soal politik buat sementara waktu kerana ramai yang sedar tentang betapa orang yang berkuasa dalam kerajaan hanya pandai berdebat menjelang pilihan raya. Ini tentang boss-boss Melayu yang berkuasa di dalam sesebuah organisasi dan mereka inilah sebenarnya yang menjatuhkan bangsa Melayu!

Aku bangga menjadi sebahagian anggota dalam organisasi besar yang diterajui Melayu ini. Tetapi setelah belasan tahun mencurahkan bakti dan hanya mendapat pengiktirafan yang tidak setimpal, aku mula muak dengan golongan “atasan” ini. Antara sifat-sifat boss Melayu yang aku tak suka:

1. Percayakan bangsa lain

Mereka lebih percayakan bangsa lain untuk melaksanakan tugas penting. Ini mungkin kesan stereotype Melayu keatas Melayu sendiri. Kononnya semua Melayu itu malas, tidak bercita-cita tinggi, suka membuang masa dan tidak berkualiti. Jika pandangan ini untuk yang tercicir dari sekolah, mungkin benarlah apa yang dianggap. Tapi jika pandangan yang sama diberikan kepada lulusan universiti (tak kira dalam atau luar negara) rasanya perlu diubah. Kerana golongan terpelajar semestinya mempunyai cita-cita, semangat dan kualiti yang diperlukan. Soalnya, adakah mereka mendapat peluang untuk membuktikan diri mereka? Selalunya tidak.. Bangsa lain yang menjawat jawatan tinggi selalunya memberikan sokongan yang lebih kepada bangsa mereka. Peluang mengetuai projek atau tugas penting selalunya diberikan kepada bangsa mereka. Ingat! Kita membicarakan tentang bangsa lain yang bekerja di dalam organisasi yang dipunyai oleh orang Melayu. Jika organisasi itu milik mereka, tak perlulah disebut disini kerana secara automatiknya, bangsa mereka akan mendapat kelebihan. Melayu tidak bagus? Fikir semula!!

2. Makan bodek

Boss Melayu memang suka dibodek. Kerja jatuh nombor 2 atau 3. Jika ingin cepat naik pangkat, pastikan anda membodek mereka setiap hari. Antara bentuk bodek yang biasa diamalkan (yang aku tak buat) :

  • Tegur boss dengan ayat skema“Boss, cantiklah baju boss hari ni”, “Boss nampak muda lah”, “Isteri boss memang bertuah lah dapat husband yang handsome”
  • Mengadu- “Boss nak tahu?…si polan tu selalu mengata boss…dia selalu macam tu..bla bla bla…”
  • Masuk bilik boss – selalulah masuk dalam bilik boss walaupun untuk perkara-perkara yang kecil. Jika nampak dia tengah runsing, tanya apa problem dia, offer solution
  • CC email kepada boss – jika berkomunikasi tentang hal kerja, pastikan cc kepada boss, walaupun anda ada immediate boss yang sepatutnya mengawasi atau membuat keputusan dalam hal tersebut. Tunjukkan andalah orang yang paling sibuk di ofis.
  • Voluenteer untuk buat apa-apa tugas – beritahu yang anda sedia melakukannya. Tapi bila tiba masa untuk lakukan, delegate tugas tersebut kepada orang lain. Gunakan nama boss sebagai pushing factor
  • Luangkan masa walaupun di luar waktu pejabat – Jika boss anda jenis yang clubbing, pastikan anda sentiasa mengikutnya. Jika dia kaki golf, selalulah ajak dia main golf. Walaupun anda lebih handal daripadanya, pastikan anda kalah dan membayar untuk permainan tersebut. Buat 2-3 kali seminggu, confirm naik pangkat!
  • Buat bising- bila ada kerja, laungkannya di dalam ofis supaya orang tahu yang anda ada kerja. Lebih penting dilakukan sekiranya boss ada di ofis, tentu dia perasan betapa “sibuknya” anda.

3. Takut persaingan/ hasad dengki

Antara sebab mengapa boss Melayu lebih suka menaikkan bangsa lain ialah kerana takutkan persaingan. Bayangkan pegawai muda yang berkelulusan tinggi dan mempunyai banyak idea. Jika dia diberikan kenaikan pangkat, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan memintas si Boss. Jadi cara yang lebih selamat ialah dengan memberikan kerja-kerja mustahil (yang diketahui tidak akan tercapai) dan kemudian menghukumnya kerana gagal melaksanakan tugas. Atau berikan sahaja kerja-kerja routine yang akan membuat dia bosan dan berhenti kerja atau jika dia bekerja pun, semangatnya akan beransur pudar.

Itulah antara pengalaman yang aku lalui. Setelah bekerja dan bertemu dengan ramai boss Melayu, situasinya tidak banyak berubah. Jika inilah keadaannya, Melayu akan terus mundur walaupun dalam organisasi kepunyaan Melayu.

10 responses to “Boss Melayu Menjatuhkan Bangsa Sendiri

  1. betuulll !!! aku sokong… lagi satu… bila dah jadi boss, biasanya mudah lupa diri…rasa diri hebat…. yang nak ditekan …selalunya orang melayu…ngan bangsa lain…takut plak !!! apa da!!! kebanyakan boss melayu memang cam tu …!!!

  2. SETUJU 500%…

  3. mmg dah mcm tu, nak kje ngan org mmg kne kaki bodek, klau xmmg tak lama. so, aku nasihatkan cuba la cr bisnes part time (internte atau ape ape) cube bina empayar sendiri dr sekarang. satu hr nanti, bleh bkerja sndiri, aku pon tgh brusaha, satu masa kite bleh kje sendiri & financial freedom. semua tu bleh jd realiti. hoho. panjang plak aku membebel. 😀

  4. Itulah sifat sebenar manusia, betulkan persepsi dulu sebelum mengata orang. Mama rasa bukan semua boss melayu berperangai macam tue, dan rasanya bukan semua manusia berperangai macam tue kan?, orang melayu baik, cuma bila terkena culture shock, macam tue lah jadinya.

  5. Bukan semua boss melayu macam itu. Ramai juga yg pro