Akan Berpindah Ke Rumah Baru

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Hati ini rasa gembira sebab tidak lama lagi blog ini akan berpindah ke rumah baru. Penghargaan dari Joe – rezekimurah.com untuk membiaya kos domain dan hosting walau untuk 1 tahun sahaja terlalu berat untuk ditolak. Apatah lagi dengan bantuan yang diberikan oleh Mijie – www.muhammadtarmizi.com. Aku terima ini sebagai tanda terima kasih dan juga menerima pelawaan untuk mengelola sendiri blog peribadi yang tidak sepertinya ini.

Tetapi di dalam gembira, masih ada rasa terkilan. Bukan tidak bersyukur dengan rezeki, tetapi kerana masa dan tenaga sekarang perlu ditumpukan kepada kerja. Selama 2 bulan berikutnya, tiada lagi masa lapang di malam hari untuk berblog. Badan dan otak yang sudah penat diperah sepanjang hari, tidak lagi mampu dipaksa untuk aktiviti blogging. Aku harap rakan blogger memahami situasi ini lebih-lebih lagi kepada part time blogger seperti aku.

Jika ada kesempatan, aku akan membuat entry dan juga melawat blog rakan lain yang menyokong blog ini. Semoga tempoh 2 bulan ini dapat aku lalui dengan jayanya dan aktiviti blogging dapat disambung seperti biasa selepas itu.

Nantikan rumah baru aku yang akan diubahsuai sedikit demi sedikit. Terima kasih di atas sokongan, dan teruskan berblog!!

18 responses to “Akan Berpindah Ke Rumah Baru

  1. segala apa yang mijie perlukan sudah dibagi padanya,adam ? :)…..kalau belum nanti mijie susah nak settlekan blog baru tu.

  2. cayalah..ingatkan nak pindah rumah berbatu beralas simen tu hee…

    ya..teruskan 🙂 maju ke depan..perubahan perlu dilakukan jika ia sudah tiba masanya 😉

  3. rumah aku pun dah siap… Mijie dah bagi “kunci”nyer siang tadi… dah melawat-lawat..tapi masih tak tahu nak buat camner ngan rumah baru tu !!!

  4. wah tak sabar nak tengok rumah baru tu

  5. rumah bru ek. hee. congrat2. cpt skit pindah. nk tngok ni. hee

  6. hehe..tahniah…nikmat blogging tue

  7. tak sabar tunggu ‘housewarming’ hehehe…

    Wah rezeki bertambah nampaknya – Syukur Alhamdulillah…itu tandanya Allah dah tambah rahmat-Nya kepada kita.

    Apa2 pon congrats Bro – maju setapak lagi nampaknya!

    Selamat Maju Jaya!!!

  8. ya sudah ramai blogger yang pindah rumah baru nie… nice2

  9. Selamat pindah ke rumah baru. Ambil mood dulu bro mana tahu lepas ni meleleh anto entri blog 🙂