Tag Archives: blogging

Akan Berpindah Ke Rumah Baru

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Hati ini rasa gembira sebab tidak lama lagi blog ini akan berpindah ke rumah baru. Penghargaan dari Joe – rezekimurah.com untuk membiaya kos domain dan hosting walau untuk 1 tahun sahaja terlalu berat untuk ditolak. Apatah lagi dengan bantuan yang diberikan oleh Mijie – www.muhammadtarmizi.com. Aku terima ini sebagai tanda terima kasih dan juga menerima pelawaan untuk mengelola sendiri blog peribadi yang tidak sepertinya ini. Continue reading

Advertisements

Barulah Turun Sikit

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Akhirnya setelah berbulan blogging sampai mengantuk, sangap dan hilang idea barulah Alexa ranking blog ni turun sikit di bawah 1 juta. Apa maknanya kat aku? Aku pun tak tahu…tapi ia seakan memberi kepuasan yang tersendiri..

Sekarang dah tak seligat dulu. Aku akan buat entry bila betul-betul rasa nak berkongsi sesuatu..blogging tak boleh dipaksa-paksa..nanti hasilnya pun tak seberapa..bukan wang ringgit yang jadi ukuran..tapi tentang kesan entry kepada pembaca samada memberi nasihat, berkongsi panduan, berita semasa atau motivasi. Ucapan terima kasih pembaca sudah cukup untuk buat aku tersenyum…Terima kasih kembali…

Aku Bukan Nak Menggatal

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Memang aku sedar diri ini bukan muda belia. Kalau isteri tak tegur aku pun, aku masih tahu tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada anak-anakku. Masa 1-2 jam sehari yang aku habiskan bukan nak menggatal, tapi sekadar blogwalking untuk melihat entry menarik dari blogger lain. Kalau entry yang berunsur promosi diri untuk mencari jodoh atau teman istimewa, memang aku takkan baca. Bukan itu sebab aku berblog. Satu lagi entry politik atau berbentuk hasutan, sori lah, aku tak minat. Banyak yang boleh dipelajari dari blog. Isu semasa, hiburan, trend, teknologi dan berbagai jenis informasi lain. Dulu orang ke perpustakaan untuk membaca, sekarang surfing di Internet.

Tapi mungkin rasa cemburu seorang  isteri kadang-kadang membuatkan dia curiga tentang keasyikan aku berblog. “Jangan buat mende lain sudah lah” pesannya beberapa kali. Mungkin kalau aku belikan beg  berjenama dapat hasil duit dari blog, baru lah dia akan faham. Bila blog sekadar untuk meluahkan pendapat dan pengalaman, memang susah sikit dia nak terima.  Bila aku ajak dia blogging sama, ditolaknya mentah-mentah. Tak pandai, takde masa, segan etc. Perempuan memang complicated atau memang ini resam manusia? Hanya mengiktiraf sesuatu yang zahir.

Continue reading