Ditampar Di Masjid Negara

Lama dah tak ke Masjid Negara untuk sembahyang jumaat, pergi masjid yang dekat dengan ofis je… senang.

Jumaat lepasĀ  18/09/2015, aku ajak si Faeiz ke sana, kebetulan dia bawak kereta. Selalunya dia naik LRT je ke ofis. Tak larat nak meredah jam.

First time juga rupanya Faeiz makan nasi minyak lauk kambing yang popular di Masjid Negara. Aku makan lauk daging 2 ketul, standard modified aku kalau makan kat situ.

Selesai makan, borak kejap pastu terus amik air semayang dan masuk ke dalam masjid. Khutbah hari itu tentang tentera Malaysia, pengorbanan, jasa mereka kepada negara dan pengiktirafan dari megara luar untuk mereka. Hahaha.. walaupun mengantuk aku masih dengar apa inti pati khutbah kay…

Tiba waktu sembahyang aku masuk ke dalam dewan utama, lebih selesa dengan air cond dan karpet tebal.

  1. Takbir
  2. Al – Fatihah
  3. Ayat panjang….

Tiba-tiba microphone tidak berbunyi… terdengar seseorang menjerit dalam bahasa asing.

“Kita sembahyang balik…” kata imam.

Keluar dari masjid berbagai teori kedengaran:

“Imam tu terkentut kot, nak cover la tu” kata seoran jemaah, agak tua juga.

“Ada orang serang imam, tapi siapa?”

“Mesti dah kena belasah mamat tu”

Jam 3 kat ofis ramai dah mula kecoh tentang message Whatsapp “Imam Ditampar di Masjid Negara”.

Ini Hari Ini dalam sejarah kata Iman (yang tak jadi ikut ke Masjid Negara), walaupun sejarah yang tak berapa manis

~Jemputlah Datang~!!!!

Jemputlah datang ke blog baru aku yang tak sepertinya di www.adamfaiz.com. Ada masa aku sure visit blog korang plakšŸ™‚

Ikut Resmi Padi

Pepatah ada mengatakan, ikut resmi padi, “Semakin berisi semakin menunduk”. Maksudnya mudah, semakin berjaya atau tinggi kedudukan kita, perlu lebih rendah ego kita. Kerana kita harus ingat bahawa “something starts from nothing!” . Melainkan jika kita dilahirkan sebagai putera raja atau mewarisi kekayaan berbilion ringgit dari orang tua dan keluarga. Kedudukan sebegitu sekalipun tidak akan berkekalan jika tiada usaha untuk menfaatkan kekayaan. Segunung emas pun akan habis jika diceduk satu sudu setiap hari. Continue reading

Akan Berpindah Ke Rumah Baru

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Hati ini rasa gembira sebab tidak lama lagi blog ini akan berpindah ke rumah baru. Penghargaan dari Joe – rezekimurah.com untuk membiaya kos domain dan hosting walau untuk 1 tahun sahaja terlalu berat untuk ditolak. Apatah lagi dengan bantuan yang diberikan oleh Mijie – www.muhammadtarmizi.com. Aku terima ini sebagai tanda terima kasih dan juga menerima pelawaan untuk mengelola sendiri blog peribadi yang tidak sepertinya ini. Continue reading

Pemain Import Tarikan Bolasepak Malaysia?

Menurut berita dalam TV3 malam tadi pemain import akan kembali menyerikan arena bolasepak tempatan. Tindakan ini diambil mungkin kerana penurunan mutu bolasepak dan juga sebagai satu tarikan untuk peminat mengunjungi stadium semula. Continue reading