Tag Archives: imam ditampar

Ditampar Di Masjid Negara

Lama dah tak ke Masjid Negara untuk sembahyang jumaat, pergi masjid yang dekat dengan ofis je… senang.

Jumaat lepas  18/09/2015, aku ajak si Faeiz ke sana, kebetulan dia bawak kereta. Selalunya dia naik LRT je ke ofis. Tak larat nak meredah jam.

First time juga rupanya Faeiz makan nasi minyak lauk kambing yang popular di Masjid Negara. Aku makan lauk daging 2 ketul, standard modified aku kalau makan kat situ.

Selesai makan, borak kejap pastu terus amik air semayang dan masuk ke dalam masjid. Khutbah hari itu tentang tentera Malaysia, pengorbanan, jasa mereka kepada negara dan pengiktirafan dari megara luar untuk mereka. Hahaha.. walaupun mengantuk aku masih dengar apa inti pati khutbah kay…

Tiba waktu sembahyang aku masuk ke dalam dewan utama, lebih selesa dengan air cond dan karpet tebal.

  1. Takbir
  2. Al – Fatihah
  3. Ayat panjang….

Tiba-tiba microphone tidak berbunyi… terdengar seseorang menjerit dalam bahasa asing.

“Kita sembahyang balik…” kata imam.

Keluar dari masjid berbagai teori kedengaran:

“Imam tu terkentut kot, nak cover la tu” kata seoran jemaah, agak tua juga.

“Ada orang serang imam, tapi siapa?”

“Mesti dah kena belasah mamat tu”

Jam 3 kat ofis ramai dah mula kecoh tentang message Whatsapp “Imam Ditampar di Masjid Negara”.

Ini Hari Ini dalam sejarah kata Iman (yang tak jadi ikut ke Masjid Negara), walaupun sejarah yang tak berapa manis