Monthly Archives: March 2010

Din Beramboi Kena Kencing Tikus & Denggi Berdarah

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Din Beramboi kini disyaki mengidap denggi berdarah seperti yang dilaporkan oleh portal M StarOnline tadi. Walau bagaimanapun doktor masih lagi membuat ujian untuk mengesahkan perkara ini. Isnin lalu Din Beramboi telah dikejarkan ke Hospital Selayang akibat mendapat jangkitan virus kencing tikus yang menyebabkannya berada dalam keadaan kritikal walaupun setelah menjalani proses pemindahan darah. Berkemungkinan jangkitan tersebut berlaku di Zoo di mana Din Beramboi membuat pengambaran untuk rancangan barunya. Ada juga spekulasi yang mengatakan Din Beramboi telah diracun dan memerlukan pemindahan darah. Sepatutnya semak lah dulu mengenai kesahihan berita sebelum menyebarkannya. Kesian keluarga beliau yang terpaksa melalui saat getir ini dan ditambah pula dengan spekulasi tak berasas. Continue reading

Syok Kahwin Muda

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita budak perempuan 10 tahun yang dinikahkan oleh bapa sendiriĀ  dengan kawannya. Tentu bagi budak tu kenyataan “syok kahwin muda” tidak sesuai digunakan sebab dia masih lagi belum puasĀ  menikmati zaman kanak-kanaknya. Pelik bila difikirkan bagaimana seorang bapa tergamak berbuat begitu semata-mata kerana ingin anaknya masuk syurga. Mungkin ini kes “tersalah belajar” atau taksub yang berlebihan.

Continue reading

Pilatus Terhempas Lagi

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Apabila mendengar berita pesawat Pilatus terhempas lagi di UUM semalam (25/03/2010), aku jadi sedih. Teringat kepada rakanku Allahyarham Faizal Muhammad yang terbunuh semasa latihan juga di UUM pada tahun 1990. Arwah yang lebih mesra dengan panggilan “Jai” merupakan seorang yang ceria dan berbakat. Rakanku yang lain tentu masih ingat kehebatan arwah bermain dram untuk band di sekolah di samping aktiviti sukan yang lain.

Continue reading

April Fool Bodoh

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com/%5D

Mungkin ada daripada kita yang masih merayakan April Fool kerana tidak tahu asal usulnya. Melalui rujukan di Internet, kebanyakannya menerangkan tentang pertukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564 yang akhirnya dijadikan modal untuk mengenakan orang. Versi biasa yang kita baca (jika membuat carian menggunakan Bahasa Melayu – “Sejarah April Fool”) adalah seperti di bawah manakala carian dalam Bahasa Inggeris – “April Fools Day History”, akan membawa kita kepada cerita pertukaran kalendar Gregorian tadi.

Continue reading

Pendidikan Seks Di Sekolah

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Isu yang pernah dibincangkan sejak tahun 1998 lagi. Ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai di ajar di peringkat sekolah. Sekarang bila kes buang bayi, rogol, dan pencabulan meningkat, ramai yang membincangkan semula isu ini.

Dari satu sudut, pendidikan seks di sekolah dapat meningkatkan kefahaman di kalangan pelajar tentang apa itu seks, kebaikan dan keburukan serta waktu yang sesuai (dari segi umur dan status) untuk melibatkan diri dengan seks. Sebagai umat Islam walaupun umum mengetahui yang seks hanya dibenarkan selepas perkahwinan, tetapi oleh kerana rasa ingin tahu, pergaulan bebas, dan juga pengaruh buruk filem dan rancangan TV, remaja terjebak juga dengan aktiviti ini.

Continue reading