Din Beramboi Kena Kencing Tikus & Denggi Berdarah

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Din Beramboi kini disyaki mengidap denggi berdarah seperti yang dilaporkan oleh portal M StarOnline tadi. Walau bagaimanapun doktor masih lagi membuat ujian untuk mengesahkan perkara ini. Isnin lalu Din Beramboi telah dikejarkan ke Hospital Selayang akibat mendapat jangkitan virus kencing tikus yang menyebabkannya berada dalam keadaan kritikal walaupun setelah menjalani proses pemindahan darah. Berkemungkinan jangkitan tersebut berlaku di Zoo di mana Din Beramboi membuat pengambaran untuk rancangan barunya. Ada juga spekulasi yang mengatakan Din Beramboi telah diracun dan memerlukan pemindahan darah. Sepatutnya semak lah dulu mengenai kesahihan berita sebelum menyebarkannya. Kesian keluarga beliau yang terpaksa melalui saat getir ini dan ditambah pula dengan spekulasi tak berasas.

Ini pula adalah kisah benar mengenai kesan virus kencing tikus kepada manusia. Kira-kira 2 tahun lalu, seorang pekerja di pejabatku telah meninggal dunia akibat kerosakan buah pinggang yang teruk akibat dari virus kencing tikus ini. Dari apa yang diberitahu oleh kawan-kawanya, dia telah meminum air tin di sebuah kedai sebelum mengadu sakit dan mengalami demam beberapa hari selepas itu. Dipercayai tin minuman tersebut telah tercemar dengan kencing tikus. Aku terus berwaspada bermula dari detik itu setiap kali anak-anakku ingin minum air tin/kotak. Kepada yang masih belum tahu kesan kencing tikus kepada kita sila ikuti langkah pencegahan berikut sebelum minum air tin / kotak:

  1. Pastikan kebersihan kedai / restoran tempat anda membeli minuman tersebut. Jika anda lihat banyak minuman yang disusun di rak, ada kemungkinan ianya menjadi tempat tikus berpesta di malam hari. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna air yang di simpan di dalam peti sejuk adalah bersih sepenuhnya kerana kita tidak tahu di mana ia disimpan sebelum dimasukkan ke sana. Jadi jika was-was tentang kebersihan, elakkan dari membeli di situ.

  2. Jika and terpaksa juga membeli / atau minum air tersebut, pastikan tin / kotak dibasuh dengan air sebelum minum terus atau menuangkannya ke dalam gelas. Ini akan dapat membersihkan segala kesan kencing tikus dan kotoran lain yang membahayakan kesihatan.

  3. Adalah lebih baik jika kita dapat mengurangkan atau menghentikan terus pengambilan air bertin berkabonat kerana kandungan gula yang tinggi dan tahap asid yang boleh menghakis perut dan menyebabkan gastrik atau ulcer. Beringat sebelum kena.

5 responses to “Din Beramboi Kena Kencing Tikus & Denggi Berdarah

  1. laaa. td kate demam denggi berdarah dlm berita tv3. anak nafi doe. haha.

    http://fitridzulkifli.blogspot.com

  2. Mmm kita tunggu je la perkembangan seterusnya…tapi kencing tikus ni memang bahaya

  3. Takziah kepada keluarga Allahyarham..redhakan permergiannya..

  4. Morall…kerja bersungguh-sungguh seolah-oleh hidup 1000 tahun lagi dan beribadah bersungguh2 seolah-oleh akan mati besok