April Fool Bodoh

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com/%5D

Mungkin ada daripada kita yang masih merayakan April Fool kerana tidak tahu asal usulnya. Melalui rujukan di Internet, kebanyakannya menerangkan tentang pertukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564 yang akhirnya dijadikan modal untuk mengenakan orang. Versi biasa yang kita baca (jika membuat carian menggunakan Bahasa Melayu – “Sejarah April Fool”) adalah seperti di bawah manakala carian dalam Bahasa Inggeris – “April Fools Day History”, akan membawa kita kepada cerita pertukaran kalendar Gregorian tadi.

Walaupun kita tidak sepatutnya menyambut perayaan barat ini, tetapi yang lebih penting ialah supaya kita menyemak dulu kesahihan sejarah April Fool (baca artikel ini) sebelum menyebarkannya. Kita sebagai umat Islam tidak mahu dipandang sebagai umat yang lemah dari segi ilmu pengetahuan, cepat melatah atau ekstremis. Tingkatkanlah ilmu pengetahuan kita supaya Islam lebih difahami dan dihormati.

Sejarah April Fool?

Ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah
 

2 responses to “April Fool Bodoh

  1. Dear Friends, Happy Fool’s Day!!

    An industrial expert went around asking different people, “What do you like best about your job?”
    “The good pay,” one factory worker replied.
    “What do you like least about your job?” asked the expert.
    “The good pay,” he said again.
    The expert was surprised. “What do you mean? You like it the best and you like it the least?”
    “Well, I like it because it pays me well, so that’s the good part. But if it didn’t pay so well, I’d quit! That would be better!”

    Happy April Fool’s Day!