Jangan Tinggalkan Blog Di Hari Raya

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

KUALA LUMPUR – Pemilik laman-laman web dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang musim perayaan kerana serangan laman web dijangka akan meningkat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan akhbar berkata, peningkatan serangan itu kerana kebanyakan laman web yang beroperasi tidak akan dipantau ketika musim perayaan.

“Pada tahun 2009 seperti contoh, serangan ke atas laman-laman web ini meningkat semasa cuti perayaan seperti Aidilfitri.

“Jadi pemilik-pemilik laman web harus meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan aplikasi yang berkaitan bagi mengelakkan risiko digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Menurut SKMM, pada minggu pertama September tahun ini, sebanyak 262 kes laman web yang digodam dilaporkan berbanding 168 kes pada Ogos lalu.

Pemilik-pemilik laman web yang mengesan sebarang kegiatan penggodaman boleh melaporkan kepada SKMM di talian 03-8688 8303 atau melayari laman web di http: //www.skmm.gov.my/cybersecurity.

Sebagai langkah berjaga-jaga, jenguk lah blog anda.. Hindarkan serangan dari pengunjung tak terpuji ini (hackers), malware, spyware …

Tupperware takpe! 🙂

Sumber: Kosmo!

12 responses to “Jangan Tinggalkan Blog Di Hari Raya

  1. hehehe..

    Tupperware takpe! 🙂

    sempat lagi…

    by the way selamat hari raya Bro!

  2. blog aku bersawang di hari raya ni hehehe malas nak update

  3. Assalamualaikum.
    Baru nak jenguk kembali blog.
    Aku ingat kalau dia orang nak kacaupun, mesti pilih yang hebat-hebat.
    Tak berbaloi kalau kacau blog yang tak ‘hebat’.
    Selamat kembali ke pejabat.
    TQ

    • mungkin betul …tapi kekadang tengok nasib gak..sebab blog ade link ke banyak tempat, so mungkin ia akan berjangkit melalui link tu…ari ni dah start keje..huhuhu..

  4. dah lama tinggalkan si blog adalah dalam 2 minggu lebih huhu… spam rasanya mmg ada terselit kot dlm byk2 komen huhu..

  5. hoho.tau xpe. time raya mmng kosng je org. hahaha.

  6. bagi jerlah mrka mjwat jawatan kosong tu bro heeee..

    lagi lama di tinggalkan nnti makain mals pula nak update blog heee