Pilatus Terhempas Lagi

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Apabila mendengar berita pesawat Pilatus terhempas lagi di UUM semalam (25/03/2010), aku jadi sedih. Teringat kepada rakanku Allahyarham Faizal Muhammad yang terbunuh semasa latihan juga di UUM pada tahun 1990. Arwah yang lebih mesra dengan panggilan “Jai” merupakan seorang yang ceria dan berbakat. Rakanku yang lain tentu masih ingat kehebatan arwah bermain dram untuk band di sekolah di samping aktiviti sukan yang lain.


Faizal Muhammad, Dato Razali Ibrahim - MRSM Terendak

Tragedi Pilatus terhempas telah banyak kali berlaku. Laporan seperti “punca sebenar kejadian masih disiasat” seakan menjadi satu kenyataan biasa di akhbar. Tragedi demi tragedi berlaku tetapi kita masih tidak tahu apakah punca sebenarnya. Sebagai orang biasa, kita hanya boleh mengandaikan 2 perkara:

  1.  Human error – kecekapan dan pengalaman seseorang juruterbang dalam mengendailkan pesawat
  2. Technical – kegagalan enjin atau mekanikal yang menyebabkan juruterbang hilang kawalan

Walaupun apa pun sebabnya, Kerajaan sepatutnya melihat perkara ini dengan lebih serius sepertimana kejadian yang banyak menimpa Helikopter Nuri. Jika pesawat buatan Switzerland ini sudah usang dan tidak sesuai digunakan, tukarlah kepada pesawat lain. Kita tidak mahu tentera kita terkorban semasa latihan ataupun kerana perkara-perkara yang boleh dielakkan dengan “scheduled maintenance” dan modul latihan yang lebih lengkap dan menyeluruh.

Berikut ialah senarai tragedi Pilatus terhempas yang dapat aku kumpulkan:

  1. 9 Julai 1984 – Pesawat Pilatus PC-7 pertama terhempas di Kepala Batas. Juruterbang selamat.
  2. September 1984 – Juruterbang pelatih, Leftenan Muda S Thulasiram terbunuh selepas pesawat yang dipandunya terhempas di kawasan sawah padi di Kampung Bukit Rambai, Pendang, Kedah.
  3. 25 September 1990 – Leftenan Muda Faizal Muhammad terbunuh apabila pesawat yang dipandunya merempuh asrama di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.
  4. 22 Oktober 1991 – Pesawat terhempas di Kampung Titi Besi, Kepala Batas, Kedah menyebabkan juruterbangnya terbunuh.
  5. 29 Januari 1992 – Pesawat yang sama terhempas di Kepala Batas tetapi dua juruterbangnya selamat.
  6. 31 Januari 1992 – Pesawat Pilatus PC-7 terjunam dan terhempas dalam Sungai Kemaman, Terengganu menyebabkan juruterbangnya terbunuh.
  7. 12 Julai 1993 – Seorang juruterbang pelatih TUDM, Leftenan Muda Mohamad Nazri Amran, 21, terbunuh apabila pesawat terhempas di sawah Kampung Chemumar, Tambun Tualang, Perlis.
  8. 3 Januari 2001 – Pilatus PC-7 milik TUDM terhempas di perairan Timur Laut Kuantan dekat Gebeng. Juruterbang selamat selepas menekan kerusi anjal.
  9. 12 April 2001 – Pilatus PC-7 milik TUDM terhempas di Kampung Kepala Parit Dalam, Tokai, Pendang, Kedah mengakibatkan seorang juruterbang jurulatih TUDM terbunuh.
  10.  23 Februari 2003 – Seorang jurulatih penerbangan dan pelatih TUDM terselamat apabila pesawat Pilatus PC-7 yang dinaiki terpaksa melakukan pendaratan cemas di Pangkalan TUDM, Butterworth, Pulau Pinang
  11. 12 Ogos 2003 – Leftenan Mai Elmy Sefrina Jalaluddin, 22, terkorban selepas pesawat Pilatus terhempas di Jalan Bukit Kayu Hitam-Changlun, Kedah.
  12.  27 Mei 2004 – Pelatih KTU, Lt. Mualimin Jasid, 23, terkorban apabila pesawat yang dinaikinya terhempas di Kampung Padang Gelanggang, Sanglang
  13.  16 Dis. 2004 – Jurulatih penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Alias Bakar, 36, dan pelatihnya, Leftenan Amnart a/l Sumnok, terbunuh selepas pesawat Pilatus PC-7 terhempas di Kampung Titi Besi, Kepala Batas
  14.  12 September 2009 – 2 Juruterbang TUDM, Mejar Mohd. Rozaini Mohd. Mustafa, 37, dan Mejar Mohd. Zulkifli Hasan, 38 terbunuh apabila pesawat Pilatus terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
  15.  25 Mac 2010 – Mejar Muhammed Zulrihan Jusof terbunuh apabila pesawat yang dipandunya terhempas di kawasan hutan simpan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, keluarga Allahyarham Leftenan Muda Faizal Muhammad dan semua keluarga yang telah kehilangan orang yang tersayang akibat dari tragedi ini. Al – Fatihah…

sumber: http://www.iluvislam.com/, Berita Harian, Utusan Malaysia.

2 responses to “Pilatus Terhempas Lagi

  1. duit tak ada,pemimpim ashik mengumpul harta negara utk peribadi