Molly Norris Tukar Identiti Takut Dibunuh

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Kartunis Molly Norris akhirnya lari bersembunyi dan dilaporkan menukar identiti akibat takut dibunuh. Fatwa Molly Norris patut dibunuh dikeluarkan oleh seorang ulama Yaman, Anwar Awlaki setelah Nolly mencadangkan “Hari Melukis Nabi Muhammad” pada 20 Mei, di laman Facebook nya.

Kini kedengaran pendapat sesetengah golongan yang seakan membela Nolly Morris menyatakan fatwa hukum bunuh itu terlalu extreme untuk tindakan “kecil” yang dilakukan. Mungkin bagi penganut agama lain, mempermainkan personaliti agama dalam jenaka itu adalah sesuatu yang kecil. Tetapi bagi kita umat Islam, ianya sesuatu yang secara jelas mencabar kesucian Islam itu sendiri. Membuat sesuatu yang memang diketahui akan mencetuskan perasaan marah orang Islam bukanlah satu kesalahan yang “kecil”.  Warga USA mempertahankan tindakan ini berdasarkan First Amendment yang memberi hak, antaranya, Freedom Of Speech – Kebebasan Bersuara, alasan biasa untuk menyokong kenyataan yang dilemparkan kepada pihak lain tanpa rasa tanggungjawab. Tindakan menghina Nabi Muhammad ini sewajarnya kita perangi !!!

WASHINGTON: Seorang kartunis Amerika Syarikat yang karikaturnya mendorong pelancaran ‘Hari Semua Orang Melukis Muhammad’ di Facebook, kini bersembunyi.

Molly Norris dari Seattle, Washington sudah berpindah dan menukar namanya berikutan gesaan ulama Yaman kelahiran Amerika Syarikat, Anwar Awlaki supaya dia dibunuh, lapor akhbar yang menyiarkan karya kartunis itu.“Anda mungkin menyedari kartun Molly Norris tidak ada dalam akhbar minggu ini,” kata akhbar mingguan, The Seattle Weekly.

“Artis itu masih hidup. Atas desakan pakar keselamatan di FBI, dia melakukan apa yang mereka gelar, ‘jadi hantu’ – berpindah, menukar nama dan melenyapkan identitinya.

“Dia diletakkan di bawah program perlindungan saksi.” Molly melukis kartun menghina Rasulullah (SAW) April lalu kerana membantah keputusan rangkaian televisyen Amerika Syarikat, Comedy Central membatalkan episod rancangan popular, ‘South Park,’ selepas menggambarkan Rasulullah dalam pakaian beruang.
Dalam kartunnya itu, Molly mencadangkan 20 Mei sebagai ‘Hari Semua Orang Lukis Muhammad’ menerusi laman Facebook.

Bagaimanapun Molly, menerusi laman webnya yang kini sudah ditutup, mollynorris.com berkata, dia tidak ada kena mengena dengan perkara itu.

“Saya tidak mengisytiharkan 20 Mei sebagai ‘Hari Semua Orang Lukis Muhammad,” katanya.

Menurut wanita itu, dia hanya melawak tetapi ada pihak yang menerimanya secara serius.

“Saya mohon maaf kepada penganut Islam dan meminta ‘hari’ itu dibatalkan,” katanya.

Islam melarang keras lukisan sebarang nabi dan laman ‘Lukis Muhammad’ itu menyebabkan Facebook disekat sementara di Pakistan di samping mencetuskan tunjuk perasaan ganas di beberapa negara. – AFP

17 responses to “Molly Norris Tukar Identiti Takut Dibunuh

  1. Sebagai umat Islam, kita boleh bertegas dlm beberapa perkara.

  2. tau pulak takut pompuan tu…ingat hebat sangat dok melawak benda2 sensitif

  3. lawl. ingt chuck norris xdi. aha. btw tau pon tkut. ha pdn mke diew

  4. Salam.
    Inilah yang dinamakan takut kerana salah~

  5. Sesetengah orang tidak endah tentang perasaan orang lain.
    Dia ingat semua orang suka kot benda2 begini.

  6. jahatnya mrka itu… apa nak jadi huhu..

  7. jagan main dgn api huhu..

  8. hah tahu takut…