Halim Othman kembali bersama Linda Onn

Dulu pernah heboh tentang Halim Othman ganti Fara di Hot FM. Ternyata itu hanya untuk sementara sahaja kerana Fara bercuti waktu tu. Halim Othman di Suria FM sekarang, begitu juga dengan Linda Onn. Keadaan yang lebih kurang sama seperti di Radio Era dulu. Khabarnya Halim Othman ingin berduet dengan Linda Onn selepas mendengar rakaman nyanyian Linda di konti yang tak berapa merdu tu.

Semalam Linda Onn sewaktu bertugas meminta pendengar mencadangkan lagu yang sesuai untuk mereka berduet. Berbagai cadangan dikemukakan; Memori Daun Pisang, My Heart, Endless Love dan lain-lain. Eh! Ada apa-apa ke antara mereka berdua ni? Ataupun ni sekadar gimik untuk menaikkan rating? Jika betul mereka ada perasaan antara satu sama lain, tak salah pun. Kedua-duanya masing bujang dan dalam proses mencari. Mungkin kena menuntut dengan orang lama tentang petua pasangan bahagia. Diorang makan garam dulu daripada kita tentu banyak yang boleh dipelajari.

Adakah acara ini akan bertukar kepada nyanyian rindu buat kekasih? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Comments are closed.