Monthly Archives: May 2010

Boleh Buat Road Bump Kat Tempat Lain?

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Inilah nasib kalau kat depan rumah ada road bump. Yang bagusnya, kenderaan tak boleh laju. Kalau laju jugak, motor boleh tergolek, kalau kereta habislah lantai kena sagat. Orang yang tak dikenali pun kita boleh cam masa dia slow down depan bump. Nampak lain macam je, aku terus stare, hafal no plet dan jenis kereta. Manalah tau kot-kot diorang ni perompak tengah survey kawasan. Budak-budak rempit pun tak suka lalu, sebab tak boleh speeding, nanti nampak tak macho depan awek. Continue reading

Bekerjalah Dengan Jujur

Kita bekerja untuk mencari rezeki menyara keluarga. Sebagai umat Islam kita mestilah bekerja dengan jujur agar rezeki yang diperolehi halal. Perkara buruk seperti penipuan sijil cuti sakit ini sepatutnya tidak berlaku di kalangan kita. Penipuan overtime, time off, emergency leave adalah antara contoh lain yang dilakukan oleh sebilangan pekerja. Jangan sampai ia menjadi darah daging anak cucu kita. Mintak dijauhkan… Continue reading

Soalan Kerja, Kahwin & Anak

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Semalam hari minggu, tak pergi mana-mana. Hujung minggu beginilah masa untuk mengemas rumah dan membeli barang kelengkapan. Aku dan isteri dah agihkan tugas, dia in charge kemas bahagian dalam, aku kemas kat luar. Tapi kalau banyak sangat kerjanya, aku tolong jugak la..macam vacuum bilik atau cuci bilik air. Ye lah, hari lain dah sibuk bekerja, inilah masa yang tinggal untuk berkemas dan berehat bersama keluarga. Apa yang penting? Kerjasama!! hehee.. Continue reading

Aku Kebal Di Dalam Kereta

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Anda mesti pernah melalui pengalaman tak berapa manis dengan pemandu-pemandu yang kebal di dalam kereta. Dalam kesesakan lalulintas terutamanya di Kuala Lumpur ni, masing-masing mengejar masa, aku faham tuh. Semua nak cepat, so bila ada gap antara kereta, cepat je orang pancung masuk. Selalunya tak bagi signal pun. Mencicit aku brek…nasib baik tak berlanggar, kalau tak, panjang citer. Nak kena report, amik gambar, bertekak,…aku tak larat nak melalui semua tu. Continue reading

Biarkan Pokok Nangka Tu!!

[tweetmeme : http//adamfaiz.wordpress.com]

Bila baca tajuk berita “Lelaki dikelar…..kerana pokok nangka”..kesian jugak. Bila habis artikel tu aku baca, nak tergelak pun ada. Macam-macam hal la.. Ini berita dari Bukit Tinggi, Bentong. Seorang pemuda Myanmar yang diarahkan supaya menebang sebatang pokok nangka yang menghalang pandangan terhadap restoran tempat dia bekerja dikelar oleh seorang peniaga gerai buah disitu. Kenapa? Bukan sebab peniaga tu nak jual buah nangka dari pokok tu, tapi sebab dia nak berlindung dari panas terik matahari. Peniaga tu telah ditangkap dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Ini pun salah satu kesan dari pemanasan global, hati cepat panas beb!