Boleh Buat Road Bump Kat Tempat Lain?

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Inilah nasib kalau kat depan rumah ada road bump. Yang bagusnya, kenderaan tak boleh laju. Kalau laju jugak, motor boleh tergolek, kalau kereta habislah lantai kena sagat. Orang yang tak dikenali pun kita boleh cam masa dia slow down depan bump. Nampak lain macam je, aku terus stare, hafal no plet dan jenis kereta. Manalah tau kot-kot diorang ni perompak tengah survey kawasan. Budak-budak rempit pun tak suka lalu, sebab tak boleh speeding, nanti nampak tak macho depan awek.

Tapi ada jugak keburukan road bump ni:

1) Orang suka “ramp” enjin masa lalu kat situ. Vroom!…Vrooom!…vroom!…kena pulak kereta yang ada ekzos besar kepala budak tu…mau cair tahi telinga..Motor pun same..pret!…pret!..pret!…(kapchai la) eee rasa nak baling je..

2) Bila hujan atau jiran sebelah menyebelah basuh kereta, basuh lantai, air mengalir dan stuck kat situ.. Mula-mula ok tapi lelama..air mula bertakung sebab air tu bawak pasir yang akhirnya berlonggok kat tepi bump. Satu keje plak aku 2 minggu sekali kena cangkul pasir dan buang kat tempat lain. Jiran sebelah buat tak nampak je..

3) Ini keburukan yang paling menyakitkan hati aku..Pasir yang bertimbun tu menjadi tempat ideal untuk kucing dan anjing meninggalkan sisa pepejal…Baunya jangan cakap la..nak muntah ..Walaupun lepas ku cangkul bersih tempat tu..masih lagi dia melepas kat situ…Bila pasir dah takde lagi teruk. Bau semerbak langsung tak boleh cover…ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa, hilang terus selera nak makan..

Macamana nak settlekan problem ni? ..Aku pun tak tahu…..wowo  uwo wowo…

11 responses to “Boleh Buat Road Bump Kat Tempat Lain?

  1. Yang best nyer kalau diorang buat road bump tu kat rumah sebelah. Kereta atau motor yang lalu tu slow kat rumah kita pasal depan ada bump. Heheheeeee

  2. tak tau nak cadangkan apa2
    jarak dr jln besar msk sampai dpn rumah – 3 km
    ada 17 bump – leper bontot kalau ulang alik 6 kali sekali

    • Ye lar..kalau dah banyak sangat, menyusahkan la pulak….
      Wah! Kujie menjenguk blog cikai ni…satu penghormatan besar .. thanks!!

  3. fuhhh!!! pening gak ye!!! Dalam kebaikan tu pun ada keburukan jugak…..

  4. haha, kat umah nenek aku ada dulu dia buat bump..
    sebab kawasan tu mat rempit selalu ulang-alik…
    ingatkan dah buat bump tu diorang berhijrah ke tempat lain
    tapi makin ramai adalah, duk main kat bump tu dah nak naik
    bump diorang tekan minyak kuat, lagi bising lah bunyi
    terus dihancurkan bump tu, mat rempti menang. haha

  5. kesian gila ko… xpe. sabar je la…. x pun buatlah longkang tepi jalan. senang air nak mengalir..

    • Dah buat salur ke longkang tuh..tapi bila dah banyak pasir, dia tersumbat sket..so air bertakung gak la..walaupun tak lama..bab najis ni yang buat aku bengang..ghauu..ghauu bau dia😦

  6. Pingback: Cara Terbaik Mengorat Awek | Hitam Putih Kelabu