Bekerjalah Dengan Jujur

Kita bekerja untuk mencari rezeki menyara keluarga. Sebagai umat Islam kita mestilah bekerja dengan jujur agar rezeki yang diperolehi halal. Perkara buruk seperti penipuan sijil cuti sakit ini sepatutnya tidak berlaku di kalangan kita. Penipuan overtime, time off, emergency leave adalah antara contoh lain yang dilakukan oleh sebilangan pekerja. Jangan sampai ia menjadi darah daging anak cucu kita. Mintak dijauhkan…

PUTRAJAYA: Tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka, kata Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Presidennya Omar Osman berkata kes berkenaan walaupun boleh dianggap terpencil tetapi perlu dipandang serius kerana ia boleh mencemarkan nama semua penjawat awam di negara ini. Menurut beliau, pemalsuan sijil cuti sakit bertentangan dengan etika kerja perkhidmatan awam yang tertakluk kepada kecemerlangan dan integriti dalam menjalankan tugas. “Mereka sepatutnya memberikan sijil cuti sakit yang sah yang diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta yang membolehkan atau melayakkan mereka menikmati kemudahan cuti sakit oleh majikan. “Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dibuang kerja jika didapati bersalah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) di sini semalam. Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan. Omar diminta mengulas mengenai pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)yang memberikan amaran terhadap kegiatan pemalsuan sijil cuti sakit oleh segelintir penjawat awam. Menurut beliau, kegiatan seumpama itu boleh menyebabkan mana-mana penjawat awam yang terlibat kehilangan segala kelebihan dan faedah yang diperolehi hasil berkhidmat dengan kerajaan. “Mereka yang dibuang kerja kerana perkara ini akan kehilangan peluang untuk menikmati wang persaraan, pinjaman perumahan dan beberapa kemudahan lain,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Omar memberitahu bahawa beliau percaya ada pihak terlibat dalam membekalkan sijil cuti sakit palsu yang menyamai sijil cuti sakit tulen dari pegawai perubatan kerajaan atau swasta. “Gejala seperti ini perlu segera dibanteras agar tidak terus menular dan menjadi budaya yang tidak sihat di kalangan penjawat awam,” katanya. -BERNAMA

8 responses to “Bekerjalah Dengan Jujur

  1. hehe…betul tu…kerja kena mau jujur…aku pernah macma ni, tapi bukan pasal nak buat kerja part time tapi pegi interview…hehe

    • Ramai jugak yang tak kisah pasal ni..janji masyuk..tapi bila kita tengok kenapa ramai remaja bermasalah, mungkin ini salah satu faktornya..

  2. Orang malas nak bekerja dgn jujur kerana tak nampak balasan dalam bentuk “material”. Ingatlah bahawa Allah Maha Kaya. Kerap kali anak dan cucu kita akan merasa hasil nya. Jangan cepat putus asa. Pesan aku, bekerjalah dengan jujur, insyaAllah, Yang Maha Esa akan membalas nya. Aku pun kekadang update blog masa kerja gak. Terpaksa ler aku ubah masa update pasal ko dah “sound”.

  3. gejala yang tidak sihat… tapi mungkin ada sebab yang munasabah… tak tahu dari golongan mana yang selalu amik mc tipu nie… biasa, budak2 muda… macam aku nie kot..huhu

  4. mmg btul..keje x seberapa pastu nak hentak OT banyak2..Moga Dijauhkan HendakNya perkara buruk ni dari aku