Aku Kebal Di Dalam Kereta

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Anda mesti pernah melalui pengalaman tak berapa manis dengan pemandu-pemandu yang kebal di dalam kereta. Dalam kesesakan lalulintas terutamanya di Kuala Lumpur ni, masing-masing mengejar masa, aku faham tuh. Semua nak cepat, so bila ada gap antara kereta, cepat je orang pancung masuk. Selalunya tak bagi signal pun. Mencicit aku brek…nasib baik tak berlanggar, kalau tak, panjang citer. Nak kena report, amik gambar, bertekak,…aku tak larat nak melalui semua tu.

Antara sikap buruk pemandu Malaysia:

1. Cucuk

Anda memandu di lorang laju mengikut had laju yang ditetapkan tiba-tiba ada mamat cucuk rapat kat belakang nak suruh kita cepat. Pastu flash high beam berkali-kali…rimas aku. Bila anak aku tanya “Kenapa orang tu bawak laju sangat pa?” Aku jawab mudah je “Entahlah…dia nak terberak kot”.

2. Berbual di telefon / SMS

Mungkin ade hal mustahak, mungkin juga sebab nak balas SMS cinta..Tapi semua ini mengganggu pemanduan dan membahayakan orang lain. Dan yang paling terer ialah mat motor yang sms masa tengah menunggang. Hebat sungguh orang Malaysia. Kalau panggil Guiness, sure boleh masuk record.

3. Bergurau senda

Bila ade orang bawa kereta ke tengah ke tepi..aku risau kalau ikut belakang..Bila dapat memintas, baru aku tahu….lar…tengah make up rupanya..”Hello cik adik oii, nak make up pun agak-agak la..takkanlah sampai membahayakan diri sendiri”. Ada tu ke tengah ke tepi jugak disebabkan tengah bergurau senda. Cuit sane cuit sini…landing sane …landing sini…“Wei! Kahwinlah cepat”..(orang dah kahwin tak wat camtu). Tak kurang jugak yang makan bersuap dalam kereta..bagus la jimat belanja…tapi jagalah stereng tuh..

4. Terlalu cool

Kalau ye pun berhati-hati, takkanlah bawa 40km kat Highway. Ni pun dah menyusahkan orang jugak.

5. Raja Hon

Ini pemandu yang memang memaksimakan penggunaan hon. Pantang silap sikit pin sane pon sini. Kalau pemandu teksi pulak, belum pun lampu bertukar hijau, ponnnnnn!!!! “Hek ele…sabo la brader”…Tengok-tengok yang bawak tu Pak Aji (sebab pakai kopiah)..Tapi ramai jugak pompuan yang tergolong dalam kumpulan ni..konon dia dah terer bawa kereta…Tapi bila dia yang lembab orang hon, marah plak…Aku memang tak suka di hon dan aku sendiri tak suka hon orang…dah la udara tercemar dengan asap, tak payah la menyumbang kepada pencemaran bunyi pulak..

Tak kiralah apa pun perangai buruk pemandu ni..kalau boleh kita bertimbang rasa dan bersabar di jalan raya. Orang lain pun ada hak mereka..Yang paling “kelakar” bila terjadi perlanggaran kecil. Kedua-dua pemandu keluar dan cuba justify tindakan mereka. Tengok-tengok yang keluar dari kereta “kurang ajar” tadi, mat lembut, nerd, badan kurus..dll Bukan nak mengata bentuk fizikal, tetapi kenapa agaknya diorang ni rasa di dalam kereta diorang kebal..? Boleh buat apa saja yang diorang suka..?

7 responses to “Aku Kebal Di Dalam Kereta

  1. itu lah keistimewaan 1 malaysia😛

  2. Betul2.. im also facing the same situation.. terutamnya yg cucuk2/high beam dari blkg.. padahal dah ikut halaju~ sigh~

  3. aku rindu tgk cara orang2 UK bawak keta…berhemah gila…Tak macam kat mesia…bukan aku nak kondem…tapi, itu lah perasaan yang aku rasa…

  4. macam-macam ragam manusia… Malaysia boleh!!!!