Soalan Kerja, Kahwin & Anak

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Semalam hari minggu, tak pergi mana-mana. Hujung minggu beginilah masa untuk mengemas rumah dan membeli barang kelengkapan. Aku dan isteri dah agihkan tugas, dia in charge kemas bahagian dalam, aku kemas kat luar. Tapi kalau banyak sangat kerjanya, aku tolong jugak la..macam vacuum bilik atau cuci bilik air. Ye lah, hari lain dah sibuk bekerja, inilah masa yang tinggal untuk berkemas dan berehat bersama keluarga. Apa yang penting? Kerjasama!! hehee..

Tapi entry kali ni bukan pasal kemas-mengemas tapi pasal pertanyaan yang selalu orang ajukan pada kita. Kalau anda kenang semula, tentu soalan-soalan sebegini pernah ditanya (atau akan ditanya) kepada anda:-

1. Selepas habis belajar

Dah dapat kerja? Ada pergi interview? Kursus kau tak bagus kot….

2. Selepas Dapat Kerja

Bila nak kahwin? Dah ada calon ke? Tak boring ke duduk sorang?

3. Selepas kahwin

Bila nak dapat anak? Honeymoon lagi ke? Sudah-sudah la tuh..

Ini antara soalan yang paling banyak aku kena tanya. Sampai naik bosan, sebab aku dapat anak lambat sikit. Dah belum rezeki time tuh..aku nak buat camana..

4. Bila dapat sorang anak

Takkan sorang je? Bila lagi nak tambah? Umur makin meningkat.. Anak ko sorang je? Ah rileks la ko camtu, anak sorang, senang je nak jaga..

5. Bila anak dah sekolah

Anak ko dah besar mana? Darjah 4….Alah baru darjah 4, aku anak dah nak masuk kolej..Nanti ko tahulah..pening kepala woo..

6. Bila anak dah besar sket ..

Ko tak belikan handphone untuk dia? Anak ko pergi tuisyen tak? Anak ko dapat nombor berapa?

Soalan lepas ni ialah soalan yang aku jangka akan ditanya kepada aku bila sampai masanya nanti:-

1. Bila anak dah habis sekolah menengah

SPM anak kau dapat berapa? Anak kau dapat masuk universiti  mana? Berapa offer yang anak kau dapat? Course apa yang dia nak ambil?

2. Bila anak dah habis belajar Universiti

Anak kau dah dapat kerja? Dah berapa lama dia menganggur? Dia belajar kursus ape dulu?

3. Bila anak dah kerja

Gaji dia besar tak? Dia dah beli kereta?

Dan soalan pertama di atas akan diulang..begitulah serterusnya. Sebab orang bertanya mungkin kerana perihatin dengan kita. Tapi tak kurang juga yang bertanya untuk membandingkan kita dengan orang lain (yang ni paling menyakitkan hati). Kadang-kadang soalan yang sama ditanya berulang kali, membuatkan kita “hilang” jawapan. Kalau tak dijawab, nampak kurang ajar, tapi bila dilayan makin menjadi-jadi pulak soalan dia. Pernah anda alami situasi begini?

5 responses to “Soalan Kerja, Kahwin & Anak

  1. yep.. betul kadang2 malas nak layan.. jawap sepatah je cukup..

    Dah dapat kerja? Ada pergi interview? Kursus kau tak bagus kot….
    Belum..

    Bila nak kahwin? Dah ada calon ke? Tak boring ke duduk sorang?
    Tak..

    Bila nak dapat anak? Honeymoon lagi ke? Sudah-sudah la tuh..
    Belum rezeki..

    Takkan sorang je? Bila lagi nak tambah? Umur makin meningkat.. Anak ko sorang je? Ah rileks la ko camtu, anak sorang, senang je nak jaga..
    Insayallah

    Anak ko dah besar mana? Darjah 4….Alah baru darjah 4, aku anak dah nak masuk kolej..Nanti ko tahulah..pening kepala woo..
    Ade aku kesah!

    Ko tak belikan handphone untuk dia? Anak ko pergi tuisyen tak? Anak ko dapat nombor berapa?
    Tak, Ape kau kesah!

    SPM anak kau dapat berapa? Anak kau dapat masuk universiti mana? Berapa offer yang anak kau dapat? Course apa yang dia nak ambil?
    Tak kerje terus..

    Anak kau dah dapat kerja? Dah berapa lama dia menganggur? Dia belajar kursus ape dulu?
    Ape kau kesah!

    Gaji dia besar tak? Dia dah beli kereta?
    Ape kau kesah!

    • Hahaha…memang kalau boleh aku nak jawab camtu je..tapi bila yang tanya tu adik-beradik mak bapak kita, tu yang susah. Silap-silap terus perang dingin..

  2. adoi.. susah sikit nak jawab… bujang lagi nie…

  3. Pingback: Cara Terbaik Mengorat Awek | Hitam Putih Kelabu