Pemain Import Tarikan Bolasepak Malaysia?

Menurut berita dalam TV3 malam tadi pemain import akan kembali menyerikan arena bolasepak tempatan. Tindakan ini diambil mungkin kerana penurunan mutu bolasepak dan juga sebagai satu tarikan untuk peminat mengunjungi stadium semula.

Aku sendiri pernah beberapa tahun dulu menjadi penyokong setia pasukan Pahang. Hampir kesemua permainan di Stadium Darul Makmur aku tonton bersama adik-beradik yang sememangnya “kaki bola”. Perlawanan penting seperti separuh akhir dan akhir juga tidak pernah dilepaskan.Tetapi bila mutu permainan menurun, semangat aku untuk menyokong juga luntur.

Ada yang melihat tindakan mengambil pemain import sebagai menganak-tirikan pemain tempatan. Tetapi jika dipandang dari sudut positif, ia boleh dijadikan sebagai satu cara untuk menaikkan semangat untuk bersaing dan membuktikan bahawa pemain kita juga mempunyai bakat dan skill yang tinggi.

Kita tentunya tidak mahu terus dilabel sebagai “jaguh kampung” dan yang lebih penting ialah supaya pemain kita dapat menggunakan skill dan taktik yang boleh dipelajari dari pemain antarabangsa. Aku ingin lihat stadium kita kembali meriah seperti suatu ketika dahulu semasa Abbas Saad, Alistair Edwards, Fandi Ahmad, Piyapong dan ramai lagi pemain import berbakat menghiburkan penonton dengan mutu permainan mereka. Cuma disebalik keghairahan untuk menggajikan pemain import, jangan kita bertindak kurang bijak dengan memilih pemain-pemain yang sudah agak berusia dan tidak diperlukan lagi di negara mereka. Kualiti itu penting, tak gitu?

11 responses to “Pemain Import Tarikan Bolasepak Malaysia?

  1. Bagi saya, ada pro & kontranya. Walau apa2 pun, tetap menyokong pemain tempatan, semoga bila ada awang import nanti, mereka mesti bersaing. Malaysia boleh!. 🙂

  2. Nanti jadilah cerita pulak, pemain tidak dibayar gaji. Lepas tu heboh satu dunia lagi. Saya rasa bola sepak kita memerlukan profersionalisme bukan pemain import. Nama saja liga pro….

  3. hrmmm!!!! Nampaknyer, mutu permainan tak pernah berubah… masih nak kena harapkan pemain import…

  4. ada baik dan buruknya,
    sekurang kurang nya pemain kita dapat belajar dari mereka, dan yang buruknya, bila mereka terikut dengan cara permainan orang kita

  5. walaupun suri kurang minat bola tapi sllu tgok juga dgn dia…

    org kata gol kita pulak sibuk..hakikatnya kita bukkannya tahu satu patah haram pun adeii..

    apa pun bola malaysia harus mdpt sokogan padu dari rakyat mlysia juga.klu tak sapa lagi nak menyokongnya…

  6. Ada betul juga contoh pasukan Selangor bawa masuk Elly boy dan Bambang Pamukas berjaya menarik Indon ke stadium.

    Cuma diharapkan kemasukan pemain import tidak mengelamkan kemahiran pemain tempatan kalau tidak masalah untuk mewakili pasukan negara kerana longlai