Monthly Archives: August 2010

Kalaulah Aku Boleh Terbang Macam Ikan Ni..

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Ini sesi berangan. Kalaulah aku boleh terbang seperti burung, sudah tentu jauh perjalananku. Akan ku terbang ke Paris atau Niagara Falls untuk memenuhi impian (macam dekat je). Tentu seronok kerana tak perlu membeli tiket kapal terbang atau memperbaharui passport, hotel pun tak perlu disewa. Continue reading

T-Shirt Tu Tak Sesuai La Bang…

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Aku serba salah sebenarnya, nak tulis pasal ni ke tidak? Kalau tak tulis aku rasa ada sesuatu yang tak lepas dalam dada ni. Tapi nanti ada pulak yang salah faham, konon aku ni suka menghakimi orang lain. Menyibuk tak tentu pasal tentang peribadi orang. Tapi aku rasa bersalah kalau tak tulis. Terasa ini tanggungjawab aku sebagai seorang Islam. Continue reading

Kenangan Aidilfitri Di Amerika

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya. Mungkin tidak semeriah sewaku kita kanak-kanak atau remaja dulu, tapi balik kampung untuk bertemu dengan keluarga dan sanak saudara di Hari Raya memang sesuatu yang ditunggu. Kalau dulu mengutip duit raya, sekarang dah kena memberi. Perbelanjaan untuk Aidilfitri harus dirancang supaya tiada pembaziran dan peruntukkan sedikit simpanan untuk kes kecemasan. Continue reading

Korban Mercun Melambung Ke Atas Pokok

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Berita kematian adik Khairul Ariff Ayub berumur 6 tahun yang terkorban apabila sejumlah mercun meletup di sebuah rumah di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, Kuala Terengganu semalam sungguh menyayat hati. Mayatnya yang hampir berkecai dilaporkan melambung setinggi 15 meter sebelum tersangkut pada sebatang pokok. Continue reading

Melayu Murtad Kutuk Ibadah Puasa

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Astaghfirullah!! Ucapan yang terkeluar selepas membaca mengenai remaja murtad di Malaysia yang mengutuk ibadah berpuasa. Mereka dilahirkan Melayu beragama Islam, tapi mungkin telah sesat dan murtad akibat pengaruh budaya punk yang ditiru dari barat. Masalah murtad yang kian parah ini selalu dipandang sepi oleh pihak berwajib.

Ada juga baiknya aplikasi social network seperti Facebook ni. Sekurang-kurangnya ia dapat mendedahkan perasaan sebenar golongan anti Islam dan juga dakyah jahat yang tersebar luas di luar sana. Sempena hari Jumaat yang mulia ini, Aku doakan semoga Allah memberi hidayah kepada mereka sebelum mati. Semoga kalian semua dan keluarga juga dilindungi dan dirahmati Allah dari gejala ini. Allahu Akbar!!! Continue reading