Kalaulah Aku Boleh Terbang Macam Ikan Ni..

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Ini sesi berangan. Kalaulah aku boleh terbang seperti burung, sudah tentu jauh perjalananku. Akan ku terbang ke Paris atau Niagara Falls untuk memenuhi impian (macam dekat je). Tentu seronok kerana tak perlu membeli tiket kapal terbang atau memperbaharui passport, hotel pun tak perlu disewa.

Tapi ini hanya angan-angan, tiada bezanya dengan Mat Jenin. Sesuatu yang tak mungkin berlaku. Jika manusia itu dilahirkan bersayap, belum tentu ia akan digunakan untuk kebaikan. Mungkin ramai pulak yang jadi perompak!! Sesungguhnya kejadia Allah itu sudah sempurna dan manusia adalah ciptaan paling sempurna.

Mungkin sesuatu boleh dipelajari dari makhluk Allah yang satu ini. Ikan yang boleh terbang!!! Dan bersykurlah kita dijadikan sebagai manusia, jika tidak mungkin nasib kita berakhir di atas meja makan!

18 responses to “Kalaulah Aku Boleh Terbang Macam Ikan Ni..

  1. manusia tak terbang pun dah terbangkan anak orang ke lombok ish2 (joke je bro)… namun memang manusia di jadikan sebaik2 kejadian.. bersyukurlah

  2. syahrilhafiz

    wah andai boleh terbang..
    memang tak lekat rumah dah..haha

  3. Sioknye kalau boleh terbang.
    Saya pun ada angan-angan macam ni jugak. Heheehhehe….

  4. Alhamdulillah.. kita dikurniakan sesuatu yg sangat b’harga iaitu akal.🙂

  5. nak terbang kemana ek… kalau boleh terbang…

  6. klu bley terbang mmng hepy gila la. xpyh nek kete dah. xsesak jln raye. sesak kt atas raya pulk bro. hahaha!

  7. best gak dapat terbang…tak yah isi minyak ngan duit tol hehe,

  8. adam,kita sememang boleh sebegitu ! tanpa sebarang kenderaan kita mampu pergi ke suatu tempat malahan lebih hebat dari terbang !….”ilmu lipat bumi”-warisan orang dulu-dulu yang semakin dilupakan !

    dari segi sains pun dorang tengah sibuk selidik benda ni….hebat kan penduduk nusantara sewaktu ketika dulu🙂

    • Kita memang banyak ilmu..ramai jugak yang menuntut ilmu ni untuk tujuan yang salah..kalau digunakan untuk kebaikan mungkin orang lain lebih hormat pada kita

  9. naik naik kapal terbag pun tak pernah inikan nak terbag..jadinya angan2 mat jenin le heeee..