Kenangan Aidilfitri Di Amerika

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya. Mungkin tidak semeriah sewaku kita kanak-kanak atau remaja dulu, tapi balik kampung untuk bertemu dengan keluarga dan sanak saudara di Hari Raya memang sesuatu yang ditunggu. Kalau dulu mengutip duit raya, sekarang dah kena memberi. Perbelanjaan untuk Aidilfitri harus dirancang supaya tiada pembaziran dan peruntukkan sedikit simpanan untuk kes kecemasan.

Tahun ini aku sudah siapkan baju raya anak-anak sejak awal lagi. Tak mahu masalah tempahan tidak diterima dan sebagainya. Untuk aku sendiri, tiada baju baru kerana baju-baju tahun lepas dan sebelumnya masih elok dan cantik. Lagipun untuk dipakai selama 3-4 jam, tak berbaloi rasanya nak buat yang baru.

Mulai esok kebanyakan radio akan mula memutarkan lagu-lagu raya sempena dengan mood. Mak cik yang tengah buat kuih kat dapur mesti terhibur dan teringat kepada anak cucu yang akan pulang beraya di kampung nanti.

Aku pulak teringat kenangan beraya di Amerika semasa aku belajar dulu. Tak lama pun aku di sana tapi suasana sambutan dan kenangan itu masih lagi segar dalam ingatan. Masyarakat di sana semestinya tidak tahu mengenai Ramadan atau Hari Raya. Apa lagi untuk memberi kelonggaran tertentu supaya kita dapat menyambut perayaan kita.

Semasa bekerja secara sambilan, aku cuma di beri rehat setengah jam untuk berbuka puasa. Kemudian kena sambung kerja seperti biasa. Itupun berbuka cuma ala kadar dengan beberapa keping chocolate cookies dimakan bersama hot chocolate. Makan malam yang sebenarnya lepas habis kerja nanti.

Hari Raya pertama aku di Amerika pada tahun 1994. Aku ingat lagi waktu itu adalah minggu final exam. Pada malam Hari Raya kami bergilir-gilir menggunakan telefon untuk mengucapkan selamat Hari Raya terutama kepada ibu bapa. Yang tinggalkan kekasih di Malaysia juga tak lepaskan peluang untuk berhubung dengan buah hati. Aku tengok ada kawan-kawan yang menitiskan airmata semasa bercakap dengan keluarga. “Alah…apa yang sedih sangat ni?”, aku berbisik sendiri. Bila tiba giliran aku, ku tarik telefon ke dalam bilik dan ku dail rumah mak. Bila mak jawab panggilan aku ok lagi..tapi bila sahaja aku memohon maaf atas kesalahan, makku mula menangis. Tidak semena-mena airmata jantanku bercucuran keluar. Hero konon!! Memang sebak rasanya, bila bercakap dengan seorang demi seorang ahli keluarga. Kesedihan bertambah apabila mengenangkan 10 chapter lagi nak kena ulangkaji sedangkan paper tu keesokan harinya… PengajaranJangan Study Last Minute!!!!.

Pada hari terakhir peperiksaan, persatuan pelajar Malaysia meminta semua pelajar Melayu untuk memakai baju Melayu / baju kurung untuk sesi fotografi. Kami mengenakan baju Melayu/kurung masing-masing dan berjalan ke universiti beramai-ramai. Sewaktu melintas jalan, ramai Mat Salleh yang menoleh agak lama kepada kami, hairan melihat pakaian kami barangkali. Ada juga yang berhenti di tepi jalan semata-mata untuk melihat kumpulan pelajar Melayu ini berjalan. Jakun jugak diorang ni rupanya..hahahha..

Sesi fotografi berjalan lancar dan salinan gambar pun dihantar ke beberapa akhbar Malaysia untuk disiarkan di slot “Dari Luar Negara” (something like that la). So bila aku tanya family, diorang memang sahkan gambar tu ada keluar di Utusan Malaysia..cuma aku terkilan sebab mukasurat akhbar yang disimpan makku telah hilang…(kalau tak bole scan letak sini).

Begitulah pengalaman Hari Raya di Amerika yang pertama buatku. Sedih teramat sangat bila ada kawan yang putarkan kaset lagu-lagu raya seperti Dendang Perantau, Cahaya Di Aidilfitri (yang ni aku memang tak boleh dengar…sedih giler..macam memang ditujukan kat aku je lagu nih :)) dan lain-lain. Tapi bak kata pepatah, “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri”. Lebih baik di negeri sendiri!!

Hari Raya Di Amerika

Hari Raya Di Amerika - Kali Ke 2

Teka mana satu gambar aku? Sori ..takde hadiah hehee

P.S Masa driving balik kampung nanti nak layan MP3 lagu raya dengan modulator..mesti best!

P.S.S – Aku lulus dengan cemerlang exam tuh…berkat doa mak mungkin

28 responses to “Kenangan Aidilfitri Di Amerika

  1. macam besh nye raye kat luar negara ye. hehe. pengalaman mengajar erti kepayahan dan mematangkan pikiran. adui… xdapek nk teka la mana satu haha.😀

  2. wah jauhnya bljar smpi ke sana..

    zaman bljar dgn berumahtangga mmg lain benar kan suasana dia..

    thun ni budget brpa bro nak bgi anak sdra duit raya heeee

  3. tu memang azam dari kecik, nak pi US..Alhamdulillah dapat..tahun ni bajet sket je..(budak2 tak boleh main duit banyak-banyak hehehehe)

  4. raye kat perantauan..perghh..aku tak pernah alami lagi..harap takyahlah..bile dah ade anak bini ni..baru mula faham perasaan mak ayah..kalau anak2 jauh dari mata..sayu sudah pasti..

    mane satu ek?hhee..agaknye yg duduk atas sofa tuh..yg hujung kanan sekali tuh..yg takde misai..:D

  5. kalau boleh saya ingin merantau dan merasa pengalaman berpuasa, berbuka dan beraya dirantauan.

    Salam Singgah🙂

  6. tak pernah lg merasa raya negara org..yg pasti suasananya jauh berbeza dgn negara sendiri dan bersama kelurga..
    tp klu ada peluang nak jgk merasa tu.ehehe

  7. bestnya beraya di perantauan.. hati ni teringin jugak nak merasa ke sana, tapi tak berkemampuan lagi.. hehe

  8. seronok dapat merasa raya di tempat orang, sekurang-kurangnya ada pengalaman gak…

    hahaa !!! tentu sekali yang handsome berdiri dikiri sekali sebelah awek tu !!! aku masih cam lagi la… betul kannn ???

    • Alar..lupa nak kata…ko tak boleh teka..tak aci lar…sib baik takde hadiah..berjalan kat tempat org memang best…exam tu yang kurang best..acah je…kalau study takde hal la..tak study tu yang problem..

  9. peggh nostalgia beb… tuh mesti yang ala2 rock… rambutnya

  10. perghh..betul ke yang bujang cakap tue bro..hahaha..sy minat rambut camtu, ala2 rock kapak dulu2…

    bro stduy apa kat amerika dulu?

  11. kalau sy meraung kat tepi lereng bukit la beraya tanpa family
    sob3

    selamat hari raye en adam🙂

  12. memang nostalgia gambar tu..
    memang sedih juga la ketika berada di perantauan..🙂

  13. saya selalu ingat bro ni masih 20-an. sebab tengok avatar… tapi zaman dah berubah kan? sekarang ni nak call parents kt Malaysia murah je dari overseas. n banyak option. skype credit ada. entahla, sy rasa raya kt overseas ni meriah jugak kalau ramai malaysian. tahun lps 1st time raya kt adelaide. alhamdulillah, xde la adegan menangis2 ni. hehe. tp tahun ni rasanya raya x meriah sangat sebab hari jumaat raya. kitorg pun x cuti lagi. kena ponteng kelas la hari jumaat tu.

  14. secara jujur aku memang meneka dengan betul sebelum bujang bagi tau….kehkehkeh

  15. p.s.s.s (ps3 lar senang) : x nmpak mcm orang malaysia jek. betul ke ni ujan batu di negeri sendiri ni..walauapapun saya suka kan ini, walaupun x pernah di beraya perantauan.