Korban Mercun Melambung Ke Atas Pokok

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Berita kematian adik Khairul Ariff Ayub berumur 6 tahun yang terkorban apabila sejumlah mercun meletup di sebuah rumah di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, Kuala Terengganu semalam sungguh menyayat hati. Mayatnya yang hampir berkecai dilaporkan melambung setinggi 15 meter sebelum tersangkut pada sebatang pokok.

Kampung Makam Lama

Rumah yang hancur akibat letupan mercun - Kosmo!

Rumah lama yang dipercayai digunakan untuk menyimpan sejumlah besar mercun yang akan dijual sempena Hari Raya itu rosak teruk di bahagian depannya.

Walaupun sudah ramai terutamanya kanak-kanak, yang jadi korban mercun tapi ramai juga yang masih membeli dan membenarkan anak-anak bermain tanpa pengawasan. Ini sepatutnya tidak berlaku kerana kanak-kanak yang tidak diawasi mungkin akan mencuba membuat mercun sendiri dan bakal mengundang padah bila meletup.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada adik Khairul Ariff dan ucapan takziah dari aku untuk keluarganya. Bagi yang lain, jadikanlah kejadian ini sebagai pengajaran untuk kita beringat supaya dapat menyambut Hari Raya dengan gembira dan bukannya dengan tangisan.

35 responses to “Korban Mercun Melambung Ke Atas Pokok

  1. ni aku xsuka dgr berita cam ni.sedey ……………

  2. Allah kan dah jadi bgni nakal sngat..dah nak mcuba dah satu hal huhu…

  3. Aduuuuh… Ni bukan mercun dah ni, dah jadi bom dah.
    Kenapa la orang melayu ni tak guna kreatif tu ke jalan lain?

  4. dengarnya budak tu meniggal sambil pegang beg kasut raya..

  5. sedih3..
    ak ingat kan tahun ni tak de la berita kematian..
    takziah buat ahli keluarganya…

  6. dah meletop pastu mak bapak lari plak!!..x guna btul,org camni patut kena pijak je ramai2..rasanya kat umah simpanan mercun tu ada benda lain skali cam blerang,klu x xkan bleh meletop camtu skali..

  7. dulu main mercun buluh,skrg lagi moden main mercun yang dah siap punya..last2 diri yg mrna..mak bapa yang ssh hati adalah..

  8. takziah untuk keluarga…memang berita macam ni la yang sering jadi waku msim perayaan

  9. sedih juga baca berita ni.. anak yang tak berdosa jadi mangsa..

  10. salam takziah buat keluarga mangsa

  11. kcian gak,time musim perayaan ada kes2 macamni..takziah kpada kluarga mangsa

  12. apa nak jadi nie…kesian2… dah meninggal anaknya ..menyesal pun dah tak guna… nyawa anak tetap tidak boleh dikembalikan..

  13. erti raya pun belum kenal. takziah kepada arwah!

  14. takziah..sedih gak bila jadi macam nie…budak2 tue tak tahu apa…kecuaian orang lain..dia jadi mangsa…

  15. sedih tu memang sedih..tp tgklah tahun depan apa plak yang melambung..

  16. dengarnya mak dan ayah dia larikan diri….tanpa uruskan jenazah anaknya…lepas 2 3 hari, baru mereka serah diri

  17. tah la dunia skang. sayang anak cam tak sayang pulak. ada plak dmanja lebey2. nampak sayang tp dibiarkan. ini da kire kes naya. sian budak2 tu. tak pasal2. haihs. mana la p norma kehidupan yg harmony dan tenang dulu…. ~~

  18. sedihkan… setiap tahun ada jer cerita cam nie.. bila la nak berakhir, agaknya !!!

  19. mercn pe je diew men. gnas sngt. huhu. cian budak tu. ish3. degil lagi men mercun. org besar xpe la jgk nk men. hmm

  20. Al-Fatihah buat Adik Khairul Ariff – Allah lebih menyayanginya. Sekadar berkongsi – jarak lokasi kejadian dengan rumahku hanya kira-kira 1 kilometer. Mmg ada riuh rendah semasa kejadian – ttp apa yang difahamkan adik Kahirul Ariff sebenarnya bukan bermain bunga api atau mercun sebaliknya difahamkan lokasi kejadian dijadikan tempat menyimpan mercun dan letupan yang berlaku terhasil dr belerang yang sedang dimuatkan ke dalam badan mesin basuh oleh rakan2 bapa mangsa. Walau bagaimanapun kes masih di bawah siasatan polis dan kes mahkamah. Wallahualam