Pendidikan Seks Di Sekolah

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Isu yang pernah dibincangkan sejak tahun 1998 lagi. Ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai di ajar di peringkat sekolah. Sekarang bila kes buang bayi, rogol, dan pencabulan meningkat, ramai yang membincangkan semula isu ini.

Dari satu sudut, pendidikan seks di sekolah dapat meningkatkan kefahaman di kalangan pelajar tentang apa itu seks, kebaikan dan keburukan serta waktu yang sesuai (dari segi umur dan status) untuk melibatkan diri dengan seks. Sebagai umat Islam walaupun umum mengetahui yang seks hanya dibenarkan selepas perkahwinan, tetapi oleh kerana rasa ingin tahu, pergaulan bebas, dan juga pengaruh buruk filem dan rancangan TV, remaja terjebak juga dengan aktiviti ini.

Dari sudut yang lain pendidikan seks di sekolah jika tidak dibuat dengan kajian terperinci mengenai kandungan, keupayaan tenaga pengajar, dan keperluan pelajar itu sendiri, akan menyebabkan pelajar yang naif menjadi lebih “terangsang” dan seterusnya mula mencari sendiri maklumat melalui internet, menonton video atau berkawan dengan kumpulan yang sudah lama terlibat dalam aktiviti berkaitan seks.

Kesimpulannya, pendidikan itu perlu tetapi perlaksanaannya harus dibuat selepas meneliti semua aspek agar objektifnya tercapai. Peranan ibubapa sebagai guru “pertama” harus ditingkatkan dalam memberi pendidikan awal dan memantau aktiviti anak-anak mereka. Pendidikan seks secara sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah buang bayi, rogol dan persetubuhan luar nikah sebaliknya peranan semua pihak terlibat dalam mendidik pelajar dan generasi muda mungkin jalan yang lebih efektif

Comments are closed.