Pengkid, Tomboy, Si Lembut – Tolonglah Jangan Double Standard!!

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Aku memang kureng sikit dengan golongan pengkid, tomboy dan si lembut kerana bagi aku mereka ini tidak normal. Tapi aku tak mahu komen pasal kerana itu hak dan pilihan masing-masing. Kalau adik-beradik aku sendiri, pandailah aku nak mengajarnya. Ini juga bukan tentang favouritism yang diberi kepada seseorang di tempat kerja walaupun dia sebenarnya tak buat kerja. Satu lagi situasi biasa di alam pekerjaan samada kerajaan atau swasta.

Ini tentang dress code atau kod pakaian dah sahsiah rupa diri yang dibuat sebagai garis panduan tentang cara seseorang itu harus berpakaian dan menjaga imej mereka. Peraturan yang sepatutnya dipatuhi oleh semua orang tanpa mengira jantina, kaum atau usia.

Aku geram dengan pengkid dan tomboy kerana mereka bebas berpakaian seperti lelaki, memakai seluar panjang, kemeja dan bertali leher (dan bengkung untuk mengempiskan dada agar kelihatan seperti lelaki). Malah mereka ini juga bebas berpimpin tangan dan makan berhadap dengan kekasih mereka sambil bergurau senda. Walaupun majlis fatwa sudah menyatakan yang perilaku mereka ini sebenarnya adalah salah di sisi agama tapi mereka tidak peduli. Dan dengan mengamalkan double standard dalam hal dress code ini, kita seakan menggalakkan mereka untuk kekal begitu!! Apa agaknya tindakan yang akan dibuat sekiranya seorang lelaki berpakaian seperti wanita (kalau ada lah)? RTM sendiri pernah beberapa kali “mengharamkan” pelakon lelaki untuk berpakaian seperti wanita kerana dibimbangi akan memberi kesan negatif kepada penonton terutamanya yang muda remaja. Tapi setelah mendapat desakan ramai pihak atas alasan untuk memajukan seni, kini pelakon lelaki merupai wanita sudah menjadi kebiasaan. Tengok saja Arja Lee

Si lelaki lembut juga gembira dengan “kebebasan” berpakaian yang diberikan oleh majikan ini. Rambut mereka biasanya lebih panjang daripada lelaki. Kalau seorang lelaki berambut panjang sikit mencecah kolar, maka pandangan serong lah yang mereka dapat. Terus saja dilabel sebagai problem child atau kaki lawan. Tak ada etika konon. Si lembut menggayakan rambut seperti seorang artis dengan highlight di sana sini ataupun blonde terus!! Mungkin yang membuat peraturan pun dah termakan liuk lentuk si lembut hingga yang salah pun dah tak nampak. Si pelaku hanya mengambil kesempatan di atas kelonggaran penguatkuasaan peraturan, diorang ni salah sikit je. Tapi siapa yang berkuasa untuk menentukan supaya peraturan dipatuhi? Boss? HR Manager? Dress code konon!!

10 responses to “Pengkid, Tomboy, Si Lembut – Tolonglah Jangan Double Standard!!

  1. aik!!! marah sangat tu… !!! Sabar bro!!!!

  2. betul jugak eh..baru aku terperasan…huhu

  3. itu la macam2..

  4. zaman sekarang ni, maksiat depan mata pun dah macam perkara biasa kan, kdg2 orang buat tak tahu je….

  5. Maksiat kat Malaysia neeee dah menjadi – jadi, kadang – kadang orang yang ada kuasa pun biarkan sahaja sebab bebudak ne dah tak terkawal dah……

    Ini semua salah mak bapak juga…..

  6. Pingback: Boss Melayu Menjatuhkan Bangsa Sendiri | Hitam Putih Kelabu