RM10 Terlalu Kecil Nilainya

Aku dan isteriku sama-sama bekerja untuk menyara keluarga walaupun aku sebenarnya lebih suka isteri duduk di rumah dan menguruskan hal keluarga. Tapi kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur “memaksa” kami untuk bekerja.

Seperti juga pasangan lain, masaku banyak dihabiskan di pejabat dan di atas jalanraya. Jalan semakin sesak saban hari biarpun telah banyak yang diperbesarkan. Pukul 6.45 pagi aku sudah siap untuk menghantar anak ke tempat asuhan dan seterusnya ke pejabat. Biasanya jam 6.00 petang aku akan bertolak pulang dan menjemput isteri di pejabatnya. Sampai di rumah pengasuh lebih kurang jam 7.30 malam. Jika lewat terpaksa la bayar overtime RM5.00 seorang (anak-anakku 3 orang).

Kerana kensuntukan masa aku biasanya akan makan malam di kedai bersama keluarga. Isteriku hanya memasak di hujung minggu atau hari cuti. Pernah suatu ketika semasa aku bercuti, aku ke kedai untuk membungkus nasi campur. Aku ambil seketul ayam dan sedikit sayur dan pergi ke kaunter untuk membayar. “Berapa bang”, tanyaku. Selepas menekan calculatornya abang tu menjawab, “RM7.90”. Aku seperti tak percaya, “berapa?”. “Semuanya RM7.90”. Aku keluarkan duit dan terus membayar sambil mengira-ngira di dalam hati. Aku terpandang satu keratan akhbar ditampal ditepi kaunter “Harga sayur naik lagi”. “Mungkin itulah sebabnya”, aku berkata di dalam hati.

Negara kita semakin maju. Ramai juga peniaga Melayu yang mula berniaga. Tetapi aku terfikir beginikah caranya peniaga kita membuat keuntungan. Aku tidak lagi ke kedai tersebut. Sudah ada kedai baru yang sering kami kunjungi untuk makan. Kedai “mahal” tadi ku lihat sudah semakin sepi dari pelanggan sekarang. Mungkin ramai yang sudah terkena macam aku. Itulah kenyataannya, RM10 terlalu kecil nilainya sekarang.

3 responses to “RM10 Terlalu Kecil Nilainya

  1. RM50.00 pun dah terasa kecil…ni kan pula RM10.00

  2. Makan sekali pun ngam2 je…adess

  3. Pingback: Bercinta Di Internet Mahal La…!! | Hitam Putih Kelabu