Buli Sampai Mati..Bila Nak Berhenti?

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Sadis sungguh berita pelajar tingkatan 4 MTD yang dibuli sehingga mati. Sebaik mendengar berita pagi tadi aku terus bertanyakan tentang budaya buli membuli ni dari kawan yang pernah belajar di MTD. Jawapannya, seperti dijangka. Budaya buli memang telah wujud sekian lama di sekolah. Dalam kes MTD, oleh kerana imej ketenteraan yang dibawa, buli atau ragging mungkin dibuat lebih “keras” berbanding sekolah biasa. Tapi banyak je kes kita dengar pelajar di sekolah berasrama lain yang dibuli sehingga menemui ajal ataupun kritikal.

Soalnya bila budaya buli ni akan berhenti? Mungkin tiada siapa yang dapat memberi jawapan pasti. Pelajar senior membuli untuk dihormati dan sebagai “balasan” kepada apa yang mereka telah lalui semasa menjadi junior dulu. Jika tiada langsung bentuk buli walau sekecil ketuk ketampi, mungkin pelajar tidak pandai menunjukkan rasa hormat atau berbuat apa sahaja sesuka hati. Jika ini yang diamalkan, masalah lain pula yang timbul. Di sudut lain, buli yang keterlaluan seperti penderaan fizikal menjadikan pelajar hidup dalam ketakutan dan menyimpan dendam kesumat. Bila mereka menjadi senior kelak, para junior akan menjadi mangsa mereka dan perlakuan ini berterusan antara satu batch ke batch yang lain.

Aku sendiri pernah dibuli. Dipukul beramai-ramai hanya kerana saiz badanku yang lebih besar dari rakan yang lain. Peritnya hanya yang mengalami akan memahami. Membasuh baju dan cadar busuk hasil rendaman 2 minggu jadi aktiviti mingguanku yang utama. Itu baru sedikit pengalaman peribadi aku tentang buli. Aku jadi benci dan marah pada semua sambil bertekad untuk membalasnya bila aku jadi senior. Tapi mungkin kerana sifat kasihan (kerana pernah melalui keperitannya), itu tidak aku lakukan. Sebaliknya aku cuma minta mereka memberi salam setiap kali berselisih dan aku berpura-pura garang untuk memenuhi ego sebagai seorang senior.

Orientasi untuk pelajar baru itu perlu, begitu juga dengan budaya menghormati yang lebih tua dan semangat brotherhood yang merapatkan hubungan antara pelajar. Buli yang keterlaluan perlu dikikis kerana lebih banyak keburukan dari kebaikan. Anggap sahaja pelajar junior sebagai adik sendiri. Sanggupkah kita memukul mereka hingga mati?

15 responses to “Buli Sampai Mati..Bila Nak Berhenti?

  1. memang aku tak berkenan langsung akan budaya membuli ni, kira nasib le, masa kat sekolah asrama dulu tak ada kes buli seteruk ini… mungkin pasal kita nie pioneer maka terselamat, dan nasib baik juga sebagai pioneer kita tak mulakan budaya tu, kalau tak tentu kat tempat kita pun terbabit….
    p/s : yang ko cerita, pernah kena buli tu kat mana plak ??!!!

    • Kita memang tak start tapi lama lepas kita, senior dah ada”askar” sendiri untuk buat kerja2..amik air,basuh baju dll

      Sebelum kita masuk maktab kan aku sekolah kat KL…

  2. anak aku pun kat asrama !!! Dah tingkatan 2, doa ajer tak ada kes cam nie….

    • Anak ko pompuan ke lelaki? Kalau lelaki, bole la share experience apa yang patut…Masa anak Batman masuk MRSM Alor Gajah hari tu, puas gak la aku bagi panduan..supaya tak salah bergaul..

  3. Sadis betul kisah ni…dah lama betul tak muncul kes-kes macam ni….sebab asyik-asyik citer pasal kes accident dan pembuangan bayi…

    Apa-apa pun, biar mereka yang terlibat di kenakan hukuman baikkkkk punya…kasih cow-cow….kesian betui kat parents arwah…

    ko sekolah mana dulu bro?

  4. budaya buli mmg takkan ada kesudahannya..dah menjadi adat turun temurun..aku rasa takut nak hantar anak2 belajar dkt sekolah berasrama penuh…

  5. zaman sekarang ni kes buli rasanya dah kurang laa..budak2 sekarang sangat manja..parents pun suka sangat melayan kerenah anak yg mengada2..kdg2 bukan dibuli sgt pun.tp si anak melebih2 pulak mengadu kat parents..drpd sekolah buang pelajar yg suka membuli ni, baik dia buang pelajar yg selalu kena buli..try tgk ade perubahan ke x