Bestnye Tengok Piala Dunia Live..Di Stadium

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Bagi peminat bolasepak menonton perlawanan Piala Dunia secara live di stadium memang menjadi impian. Tapi kalau nak tunggu Malaysia jadi tuan rumah, entah dapat ke tidak. Bagi yang berwang  (Indon kata beruang) boleh lah..beli je tiket, terus pergi ke South Africa. Kalau yang sederhana je cam aku nih, tengok live kat Astro je la..

Bila aku kenang balik, memang seronok sakan sebab dapat tengok Piala Dunia 1994 di US dulu. Itupun sebab aku belajar kat sana..nak harapkan duit orang tua bagi, kena kumpul 10 tahun baru dapat pergi kot. Ni kira pengalaman sekali seumur hidup lah kot. Aku tengok perlawanan Sweeden vs Arab Saudi.

Ternyata Piala Dunia mempunyai kelas tersendiri. Kerana keasyikan menonton spectacular performance dari para pemain, tak sedar dah half time. Sweeden leading 1-0.

Half Time

Suasana di Cotton Bowl, Dallas penuh sesak. Barisan panjang berbelit-belit di sekeliling stadium, tapi keadaan terkawal. Takde orang potong queue atau bertolak-tolak macam tak pernah masuk stadium. Aku lihat ramai muka yang ala-ala Melayu, dia senyum, aku senyum. Dia angkat tangan, “Melayu?” dia tanya. “Melayu!!!”, jawabku. Sempat la berbual sekejap sementara menunggu barisan bergerak perlahan. Bukan apa, kadang-kadan muka macam Melayu, tapi bila tanya, tengok-tengok Mat Cikano…muka sepesen je dengan kita.

Di dalam stadium penuh dengan penyokong, termasuk la penyokong negara lain seperti Brazil. Walaupun penyokong berbagai negara dalam satu stadium tapi takde pun kutuk-mengutuk atau pergaduhan yang berlaku. Aku jadi pelik pulak….

Perlawanan itu sungguh hebat. Arab Saudi akhirnya berjaya memenangi perlawanan 2-1. Seronok rasanya, tak sia-sia aku menyokong di bawah panas terik matahari. Walaupun badan kena sun burn yang teruk, tapi seronok. Keluar dari stadium, aku sempat bergambar kenang-kenangan di hadapan Cotton Bowl dan juga gambar bersama  penyokong Sweeden (huu…besar betul badan derang ni).

Cotton Bowl

Penyokong Sweeden

Kenangan

Tiket

Kalau ada rezeki aku rasa nak pergi lagi tengok Piala Dunia..rasanya macam baru je ke sana…

P/S Sori kualiti gambar tak baik…dulu takde digital camera..🙂

8 responses to “Bestnye Tengok Piala Dunia Live..Di Stadium

  1. Wah best nya engko yer dpt pg US.Tentu seronok dan berbeza drpd tengok d tv kan bro/…salam kenal.

    • Salam perkenalan…memang berbeza bro..rasa cam sekejap je 1 jam setengah tuh…akan ku ingat sampai bila2…thanks for visiting …

  2. kumpul duit g haji dulu bro..

  3. Wah…best dapat pengalaman camtu…InsyaAllah…nanti aku pun nak tengok juga lah bila ada rezeki….

    Amcam…pi bersama cyza…?

  4. Tsamina mina eh, eh
    Waka waka eh, eh
    Tsamina mina zangalewa
    This time for Africa..

    salam kenal aja gan..