Category Archives: Tazkirah

Bila Melayu Bukan Islam…

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Di hari Jumaat yang mulia ini ayuh kita sama-sama muhasabah diri, tingkatkan keimanan kita supaya sentiasa kental dan tak mudah goyah dengan godaan duniawi. Mulia nya orang Islam bukanlah diukur dari jumlah sumbangan derma atau kebajikan yang ditunjuk-tunjuk. Tetapi kerana tingginya iman dan cara kita “membawa” diri di dalam masyarakat sehingga orang lain hormat pada kita tanpa pengaruh wang ringgit dan kuasa. Continue reading

Tazkirah – Iman & Kufur

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Iman & Kufur – sempena Israk & Mikraj

Ringkasan khutbah Jumaat di Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur

1. Sebagai umat Islam kita wajib mempercayai tentang apa yang dibawa dan diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W.

2. Umat Islam yang tidak mempercayai Israk Mikraj dan mukjizat nabi berdepan dengan risiko terkeluar dari Islam. Bagi yang bukan Islam, ia menjadikan mereka semakin kufur

3. Kewajipan sembahyang 5 waktu adalah satu kurniaan Allah yang hebat. Ia mendekatkan diri kepadaNya dan menenangkan jiwa

4. Nabi mempunyai mukjizat tersendiri. Kemampuan melalui perjalanan jauh dalam waktu yang singkat dan pertemuan dengan Allah semasa Israk Mikraj adalah benar dan merupakan bukti tentang kekuasaan Allah

April Fool Bodoh

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com/%5D

Mungkin ada daripada kita yang masih merayakan April Fool kerana tidak tahu asal usulnya. Melalui rujukan di Internet, kebanyakannya menerangkan tentang pertukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564 yang akhirnya dijadikan modal untuk mengenakan orang. Versi biasa yang kita baca (jika membuat carian menggunakan Bahasa Melayu – “Sejarah April Fool”) adalah seperti di bawah manakala carian dalam Bahasa Inggeris – “April Fools Day History”, akan membawa kita kepada cerita pertukaran kalendar Gregorian tadi.

Continue reading

Nasihat Azmil aka Ali Setan

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Kali ini aku nak berkongsi tentang cerita hijrah pelakon Azmil Mustapha ke Syria. Semoga kita mendapat sedikit pengajaran dari pengalaman berharga beliau.

ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU BUAT

APABILA disebut nama Azmil Mustapha, majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan, ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen, semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah. Continue reading

Sungai Dalam Laut

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Email beserta gambar menarik yang ku dapat. Semoga menyedarkan kita tentang kebesaran Allah yang maha kuasa..

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Continue reading