Iklan Aidilfitri TV3 2010 – Hari Raya Atau Krismas?

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Iklan yang disiarkan di TV3 ini untuk Hari Raya atau Krismas? Apa pendapat anda? Aku rasa iklan sebegini boleh memesongkan akidah lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak. Bila menonton filem tentang Krismas, mereka secara tak langsung akan menyamakannya dengan Hari Raya. Di manakah peranan pihak berwajib untuk menapis iklan sebegini dari disiarkan kepada umum?

Apa sinonimnya beca dengan Hari Raya? (terbang pulak tu). Memang la kreatif, tapi biarlah bertempat. Come on TV3, you can do better than this!!!

23 responses to “Iklan Aidilfitri TV3 2010 – Hari Raya Atau Krismas?

  1. x kena gaya dan tempat…seb baik xde santa klos bagi duit raya

  2. sapa yang buat iklan nie ??? tak sensitif betul, ade ker nak samakan raya ngan krismas… isk..isk.isk !!!

  3. blom sempat tgk…nanti komen hehehe…

  4. sedih tengok iklan tuh,,
    nasib tarik balik dah…

  5. tgk sekali je dah perasan, pelik semacam je iklan tu…

    tapi paling pelik camna bleh sampai siap iklan tu, semasa awal2 pembikinan iklan tu tak perasan ke? sebab nak buat iklan ni ramai punya kerja…

  6. dah kena tarik rupenya tgk dlm berita pagi td. X sempat la den nak tgk betapa ‘melampau’nya iklan tersebut…huhuhu

    x per la lepas nie jgn diulang – company mana punya idea la agaknya ekk…😛

  7. TV3 sengaja pasang iklan. Foolish, stupid act

  8. Selamat Hari Raya buat pemilik blog adamfaiz.wordpress…
    Maaf Zahir & Batin..

  9. Tak pernah tgk lg lah iklan nii, kat youtube ada ke???

  10. kalu dah ter satu malaysia bgnilah jadinya.. haru biru smunya..