Harga Gula Naik, Teh Tarik Turun Harga?

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

KUALA LUMPUR: Harga bagi teh tarik – minuman paling popular di Malaysia, sepatutnya hanya naik 1.25 sen segelas berikutan pengurangan subsidi harga gula sebanyak 25 sen.

Harga baru teh tarik itu mengambil kira kesan pengurangan subsidi minyak dan pelarasan harga semasa iaitu RM1.0155.

“Ini adalah anggaran sahaja – perubahan harga mungkin berbeza berdasarkan faktor lain,” kata kenyataan mengenai rasionalisasi subsidi Jabatan Perdana Menteri.

Kenyataan itu berkata kesan pengurangan subsidi terhadap teh tarik ialah RM0.0030, manakala untuk barangan lain ia lebih rendah, seperti RM0.0024 untuk sekeping roti canai, RM0.0060 untuk beras, RM0.0630 untuk daging dan RM0.0105 untuk mi goreng.

Kerajaan hari Khamis mengumumkan subsidi untuk petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat berkuatkuasa esok.

Subsidi untuk petrol RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak lima sen seliter dan LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram. Ini bermakna harga bagi petrol RON 95 ialah RM1.85 seliter manakala LPG akan dijual pada harga RM1.85 sekilogram.

Untuk gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram.

Kenyataan itu turut memberi perbandingan harga minyak di rantau ini yang menunjukkan harga petrol di Malaysia adalah paling murah, iaitu RM1.85 untuk RON95 berbanding Thailand (RM4.12), Indonesia (RM2.48) dan Filipina (RM6.60).

Harga baru gula di Malaysia iaitu RM1.90 juga adalah jauh lebih murah dari Thailand RM2.60, Indonesia (RM3.68) dan Filipina (RM3.46).

Harga gula yang murah di Malaysia itu telah menyumbang kepada peningkatan masalah penyeludupan. Pihak berkuasa merampas lebih 200 metrik tan gula dalam 109 tangkapan berhubung kes penyeludupan pada 2009, dan pada 2008, dianggarkan RM628 juta minyak diesel subsidi untuk nelayan, dinikmati rakyat asing. – BERNAMA

 

Kerajaan kata peniaga tak boleh sesuka hati naikkan harga barang berikutan kenaikan harga petrol, diesel dan gula. Sesiapa yang didapati bersalah akan dikenakan denda. Tapi biasanya tak ada siapa yang monitor hal-hal begini. Lagipun macamana nak monitor semua kedai dalam Malaysia nih? Roti canai sepatutnya naik RM0.0060 (angka ni macam main-main je…), nanti kita tengoklah berapa peniaga charge kita.

Semua ini dibuat atas alasan untuk mengurangkan subsidi dan mengimbangi defisit kerajaan. Yang susahnya rakyat juga!!!😦

P/S Sebelum kenaikan ni pun harga teh tarik dah RM1.40

14 responses to “Harga Gula Naik, Teh Tarik Turun Harga?

  1. memang betul pun…takkan depa (kerajaan) nak pantau setiap kedai kat pelusuk negeri kot..!!! sudahnya…yang susah…rakyat la jugak!!!!!

  2. tak boleh blah kata pelarasan harga..
    saja tak nak bagi kontroversi rakyat la tu..
    nanti banyak la harga barang lain naik disebabkan gula ni..

  3. betul3..
    sekarang ni pun dah mahal..
    tambah plk, erm harga dh naik..
    minum sky juice la nampknya pasni kalau berbajet..ehehe

  4. salams,
    kurangkan la pengambilan gula..bgs utk kesihatan juga. huhu.

  5. Mama setuju harga gula dinaikkan, mungkin dengan cara ini ‘semut-semut’ di negara kita akan kurangkan pengambilannya, tapi apa rasionalnya menaikkan harga bahan api?. Ini salah satu kesilapan yang tidak harus dipandang enteng oleh kerajaan. Kita amat perlukan komoditi ini!. Nak harapkan pemantauan? pernahkah ia berkesan?

  6. Nampaknya hidup bukan makin senang bila negara nak mencapai status Negara Maju rupanya…

    Cuba bayangkan, negara maju tetapi rakyat merempat…gejala sosial meningkat dan kadar jenayah berlipat kali ganda kerana desakan hidup. ini naik..itu naik..semua naik. Ramai yang akan putus akal jika d meja makan yang ada… air kosong, nasi, kangkung, ikan masin sebab makanan yang berzat tidak mampu dibeli kerana gaji yang kecil… Macamana anak-anak/generasi/rakyat nak sihat, cergas dan cerdas jika….. orang makankaya lauk kita(rakyat) yang miskin makan kuah aje……