Hilang 1 Dapat Double

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Selepas kes kehilangan minyak wangi kesayangan, aku belum lagi membeli yang baru. Tapi itu bukan bermakna aku tak pakai minyak wangi ke pejabat. Mahu lari semua orang nanti..Cuma aku gunakan free sample yang ada dalam simpanan. Botolnya pun kecik anak je..dah nama pun sample kan..Selepas beberapa bulan, free sample ni dah tinggal beberapa titik je..aku pun mula berkira-kira nak beli minyak wangi baru.

Hari Sabtu lepas aku ke Bandar Baru Salak Tinggi melawat saudara..ok lah kawasan ni, dekat dengan Nilai, KLIA..saudara aku ni pun kerja kat Airport. Sedang aku menikmati kopi yang dihidangkan, dia menghulurkan sesuatu, “Ini untuk abang“. Aku menerima dengan senang hati dan rasa suka giler… “Untuk abang? Terima kasih!” – sebotol minyak wangi POLO. Walaupun tidak sama dengan Dunhill Black yang telah dirembat, aku bersyukur sangat. Alhamdulillah…POLO Double Black lagi..!! Selamat duit aku..hehehe..

POLO Double Black

10 responses to “Hilang 1 Dapat Double

  1. Wah…wah ..wah…dapat polo baru…bestnye….kalau ada lebih passing sikit…

  2. Rezeki..hehehe..

  3. Tak kisah ler original ker tiruan because tak semua baran duty free tu original… Tapi, yang paling penting adalah niat si isteri. Dia dah tak tahan bau badan suami.

  4. syoknyer…. tu la dinamakan rezeki…. kalau selalu dapat cam nie kan bagus….!!! Jimat le duit…. lagi pun time-time cam nie memang kena jimat cermat…barang dah naik, belanja makin besar….!!! Yea tak ????

  5. wah….wangilah ye…hehe

  6. mesti adik kau tak tahan kau busuk sangat..tu yg dia bagi sampai double.aku syak je la

    Latest Entri : Peluk Cium Romantiklah sangat

    • Mungkin tidak…sebab ni first time aku jumpa / pegi rumah dia…lagipun aku memang pakai perfume kalau keluar rumah…rezeki lah tu..