Saya Nak Balik Ambil Kasut, Boleh Boss?!

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Semalam aku basuh kereta so sebelum basuh, semua barang-barang di dalamnya aku keluarkan supaya senang aku nak vacuum. Terlebih rajin sikit, berkilat kereta aku luar-dalam aku kerjakan. Antara barang-barang yang dikeluarkan termasuk lah sepasang kasut yang biasa aku pakai ke pejabat. Masa driving aku pakai selipar je..panas la dengan kasut kulit dan stokin sumer, susah kaki aku nak bernafas..!!

Kisahnya kasut aku tu terlupa lak pulak nak letakkan semula di dalam kereta. So pagi tadi aku dengan bersemangat wajanya (konon la), bergegas ke pejabat jam 6.45 selepas menghantar anak ke nursery. Tiba di parking jam 8.10, lewat sikit sebab hari ni hujan, jalan jammed giler.. Aku meraba-raba di bawah seat, tempat biasa kasut aku diletakkan. Alamak!!! Tak ada!! Takkan aku nak pakai selipar kat pejabat? Aku pun sms immediate boss aku, mintak approval untuk time off, nak balik ambil kasut. Dia ok je..sebab last week dia pun macam tu, tertinggal barang. Disebabkan dia tengah bercuti, dia pesan supaya suruh member kat opis tolong cover, in case kalau Boss besar cari. Sms member tu..suruh dia cakap apa yang patut kalau Boss besar tanya.

Aku naik ke pejabat, sign in dulu (pakai selipar dalam lif, orang tengok semacam je) dan turun semula ke parking untuk balik ke Kajang. Masa nak keluar dari basement parking dan menaiki ramp untuk keluara, tiba-tiba ada satu kereta dari arah depan hon dengan kuatnya. Guard kat parking bergegas datang. “Abang, jalan ni cuma jadi dua hala lepas pukul 9.00”. Aku terlupa la pulak.. Mamat dalam kereta depan dah buat muka tak puas hati, masa tu 8.30. “Habis tu, saya kena tunggu sampai pukul 9.00 lah ni?”, tanyaku pada si Guard. “Tak lah, lain kali…”. Guard yang baik hati pergi ke kereta depan dan menyuruhnya berundur. Mamat tu dengan muka kelat berundur juga. Aku sempat ucap terima kasih pada si Guard, sambil mamat tadi lalu di lorong sebelah (yang tengah berhimpit-himpit dengan kereta lain) dengan jelingan manja yang teramat “marah”. Rilek la brader, masuk pukul 8.45, time tu baru 8.30…sempat lagi. Lagipun cuba anda bayangkan kalau ada kecemasan, perkara yang sama akan dilakukan oleh mamat tadi untuk pulang dengan cepat. Hari ini hari aku, esok hari kau pulak.

 Aku memecut balik ke Kajang, tapi makan masa 40 minit gak. Itulah kelebihan Jalan Loke Yiew, sesak sepanjang masa! Sampai di rumah aku menyelesaikan urusan dalaman (buang air), ambik kasut dan terus ke KL semula. Aku tiba di jalan Pudu jam 9.45. Lega…sampai di ofis aku tanya kalau-kalau ada orang cari aku. Member cakap ada, dia cuma bagi tau aku pergi ke department lain. Ni lah untungnya tak jadi orang penting, sekadar ikan bilis cam aku ni jarang orang nak cari.

Kasut Kerja

Advertisements

9 responses to “Saya Nak Balik Ambil Kasut, Boleh Boss?!

  1. Untuk aku…belum pernah terjadi cam tu… sebab… kasut kerja aku tinggal jer kat ofis… kat depan surau…..

  2. Ooo tak hilang eh?

  3. huh kat kl nie..memang jammed memanjang…

  4. hazerra xerra

    happy

  5. hazerra xerra

    exam dah nk dkat dah ni…study lngsung x…
    hurm…,,peningnya…