Perompak Yang Stylo

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com]

Awal tahun ni rumahku dirompak, mujur tiada siapa di rumah sewaktu kejadian berlaku. Ini kali kedua kejadian pecah rumah menimpa aku selepas kali pertama lebih kurang 3 tahun lepas. Kerugian dalam kejadian pertama lebih kurang RM5,000 lebih manakala yang kedua pula RM3,000 lebih. Sikit je jumlahnya sebab aku memang tak berharta, duit simpanan pun takde.

Berikut ialah barang-barang yang disonglap dari rumah aku dari kedua-dua kejadian tersebut:-

1. Kaca mata hitam berjenama kepunyaan isteri – RM1000

2. Rantai emas + gelang – dari jewelry box isteri – RM1,500

3. 2 jam tangan berjenama juga kepunyaan isteri – RM4,000

4. Jam tangan aku – jenama GL (dihadiahkan oleh isteri) – RM1,200

5. Cincin aku (dihadiahkan oleh isteri) – RM200

Dan yang terakhir ini memang buat aku bengang sekali (tak sangka la itu pun nak dicuri), kena beli yang lain. Baru je pakai sikit.

6. Minyak wangi jenama Dunhill – RM300

Dilihat dari barang-barang yang hilang jelas sekali perompak zaman sekarang pun tahu stylo dan pakai barangan branded. Mereka juga nampaknya suka berbau wangi. Aku redha dengan ujian ini, tapi..satu je nak tanya..(macam la diorang nak jawab), “Boleh pulangkan minyak wangi Dunhill aku?” Huhuhu…

5 responses to “Perompak Yang Stylo

  1. Selalunya, segala musibah menimpa kita ni hanya lah ujian dari Yang Maha Esa. Tapi kekadang tu sebab Allah nak ingat kan kita supaya bayar zakat bukan income tax.

  2. Sungguh terharu dengan komen ko….

  3. hahaha minyak wangi jugak yang dia paling sayang..mahal betil laa barang2 kepunyaan bro ni..

  4. Pingback: Hilang 1 Dapat Double | Hitam Putih Kelabu