Ipad Dan Pesaingnya

Ipad sejak diperkenalkan di U.S. pada April lalu telah berjaya dijual melebihi 1 juta unit dalam masa kurang dari sebulan. Ia diklasifikasikan sebagai kategori peralatan baru antara smart phone dan PC.

Dengan penjualan yang terus meningkat, Ipad telah menjadi fenomena baru di U.S. dan Eropah. Ipad juga telah meningkatkan penguasaan pasaran Apple sebagai syarikat teknologi dengan market share bernilai $222.1 billion melebihi Microsoft dengan nilai market share $219.2 billion.

Kini lebih banyak syarikat pengeluar  handphone dan PC mengumumkan mengenai pengenalan gadget baru mereka untuk bersaing dengan Ipad. Antaranya ialah Dell, Nokia, Samsung, LG dan Hewlett-Packard.

Dell merupakan antara syarikat yang telah mengeluarkan produknya dengan pelancaran Dell Streak untuk pasaran US. Terbaru, Samsung juga mengikut jejak langkah ini dengan mengeluarkan Galaxy Tab di pasarah Eropah bermula pertengahan September. Dengan skrin 7 inci harga Galaxy Tab bergantung kepada pakej yang diberi oleh pengendali perkhidmatan telekomunikasi di sesebuah negara. Harga pengenalan yang diumumkan untuk Finland ialah RM3,796 jauh lebih mahal dari Ipad yang dijual antara RM2,400 – RM3,500.

Ipad Vs Galaxy

Ipad Vs Galaxy

Antara pesaing Ipad yang lain:

1. Toshiba – Folio 100 (skrin 10″, Nvidia processor, Google’s Android)

Toshiba Folio 100

Toshiba Folio 100

2. Huawei – SmaKit S7 Android – (skrin 7 “, Google’s Android)

SmaKit S7

SmaKit S7

3. Dell – Dell Streak (skrin 5″, Google’s Android, 5 Megapixel camera, 2GB storage)

Dell Streak

Dell Streak

Semakin banyak syarikat yang nak keluarkan tablet PC , kini semuanya semakin canggih pastinya ada satu yang memenuhi keperluan dan citarasa anda!

P/S  Kalau aku, dapat Dell Streak tu pun dah cukup best.. tak kecik , tak besar sangat. Korang pulak suka yang mana?

Sumber:

1. http://www.businessweek.com/

2. http://www.themalaysianinsider.com

10 responses to “Ipad Dan Pesaingnya

  1. Vote for IPad! huhuhu…

  2. Hahaa..bole aje asal ade $$$ (nanti boleh aku pinjam 1 hari..nak tayang kat member2)😀

  3. ingatkan galaxy tab jer…rupanya ada yang lain lagi ….. huh mengaji tak habis la nie..hehe

  4. pinjam? hehehe…nanti la aku suh bini aku beli dulu satu tuk aku present ari jadik hahaha…

  5. rmai la nk saing ek. xpi bosan la. bnda sme je. bek buat bnda bru kn bgus. haha

  6. bentuknya mmg cun sure mahal gila huhu..