Bagilah Diorang Kahwin

[tweetmeme https://adamfaiz.wordpress.com%5D

Soalan

SAYA pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 22 tahun dan mempunyai masalah yang sudah setahun menghantui hidup saya. Saya mempunyai kekasih dan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bagaimanapun, dia mempunyai pendapatan lumayan hasil daripada kerjanya sebagai pemandu pelancong dan pemandu kenderaan apabila ada orang ingin melancong ke negara jiran.

Buat pengetahuan Dr, kami sudah berulang kali terlanjur. Saya ada menyatakan hasrat untuk berkahwin bagi mengelakkan kami terus dibelenggu dosa dan dia bersetuju.

Namun, apabila saya menyuarakan hasrat untuk berkahwin, keluarga menentang dengan alasan saya masih belajar dan kekasih tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Disebabkan tentangan keluarga itu, saya pernah terfikir untuk bernikah di Siam. Namun, apabila memikirkan keluarga, saya membatalkan hasrat itu.

Saya berulang kali memujuk keluarga tetapi tidak berhasil. Saya dan kekasih cuma inginkan hubungan yang halal bagi kami dan ingin mengakhiri episod dosa yang kami lakukan.

Dr, apa yang harus saya lakukan? Adakah saya patut bernikah saja di Siam tanpa pengetahuan keluarga atau kami terus dengan hidup yang penuh dosa jika saya perlu menunggu pihak keluarga memberikan restu kepada hubungan kami.

sumber: Kaunseling Remaja Bersama Dr Sapora Sipon – Harian Metro

Inilah salah satu punca kenapa ramai yang masih tak kahwin-kahwin. Keluarga selalu mahukan calon menantu kaya atau paling koman pun, yang mampu membayar wang hantaran berpuluh ribu ringgit. Last-last maruah anak tergadai dan teman lelaki lari kerana tak mampu memenuhi permintaan keluarga si perempuan. Setidak-tidaknya kalau bernikah, kita tak biarkan mereka terus bergelumang dengan dosa.

Jangan lah pulak ada yang menggunakan taktik ni untuk nak kahwin cepat, maruah diri tu lebih bernilai dari wang ringgit. Sebolehnya keluarga lebih mengutamakan perkara yang diwajibkan dalam agama, bukannya mengikut budaya dan amalan moden yang hanya menyusahkan bakal pengantin. untuk pengantin muda pula, pernikahan hanyalah permulaan kepada pembinaan rumahtangga. Persiapan fizikal dan mental perlu supaya dapat membuat perancangan yang betul dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar kelak.

3 responses to “Bagilah Diorang Kahwin

  1. haish masalah negara + masalah akhirat betul. kalau dah cukup syaratnya, baik family lepaskan je dari maksiat senang wenang. anak-anak muda zaman sekarang ni pun terlalu ikut nafsu.

    senang cite, parents kena pergi kaunseling as well as the couple. makin dekat nak akhir zaman ni, maksiat makin menjadi-jadi. ada siapa-siapa nak mengaku salah?

  2. Anak-anak muda sekarang selalu menyalahkan orang tua kerana tidak mahu mengikut kehendak mereka sebagai alasan untuk mereka “terlanjur”. “Budak terlanjur” diatas tu, tanpa rasa bersalah terus meletak kan kesalahan keatas keluarganya. Kalau engko yang nak sedap, jangan ler plak keluarga engko yang nak tanggung. Kalau jantan tu boleh terlanjur kan kau, banyak lagi pompuan lain yang dia terlanjurkan tau…. Jantan tu lagi suka kalau keluarga engko tak terima dia pasal dia tak yah ler nak kena tanggung engko”.